Showing posts with label Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Kehidupan. Show all posts

saya sayang kawan saya



Assalamualaikum

dah pukul 2.45 pagi dah.aku mengatuk sgt2. tapi unfortunately, my little bro is sleeping on my bed and i have no idea where should i lie down.=.=

so, jom kite menaip je ye.tahan mata

*****************************************************************

tiga2 ni ialah orang2 yang kita mungkin kenal.tapi tak semua boleh kenalan kite boleh jadi kawan:


Stranger: org kite pernah nampak muka, tapi tak tahu nama.jumpe kdg2 je.

Acquaintance: orang yang kite kenal, tapi tak rapat.sekadar pernah jumpa, atau kenal, but not close.

Friend: they may be ur close friend/best friend/true friend.depends.
Close Friend: kawan rapat.ape2 kite buat sama2, tapi tak semua boleh masuk.bawah best friend.
Best Friend: yang ni rasa heaven.susah nak terangkan.sgt susah nak cari.basically, best friend terima kite seadanya. always there for us.dia lah kawan, dialah keluarga, dialah doctor yang rawat hati kite, dia lah Rescue 911 if anyting bad happen kat kite.dan best friend ni special.

*friends got a MUTUAL relationship called FRIENDSHIP*

maybe kite terlalu mudah nak letakkan pangkat "friends" kat semua orang yang kite kenal.lelaki ke, perempuan ke, same je.aku pun. but i was wrong. friends are those who have the potential to become ur "true friend". walaupun tak semua boleh jadi sahabat sejati, tapi sekurang2nya kite cuba kan. itulah kawan. tapi kalau bertegur depan2, tapi kutuk belakang2, they are not friends.



aku akan berkawan dengan sape2 je yang rasa nak kawan dengan aku, dan perlukan aku. 
dan biasanya, apa yang jadi dihujung2, is either me or my friends get hurt. ouch.sakit taw! hihi.

yeah. it hurts so much.dislike this feeling.esp bila kite rasa,dia best friend/close friend ke, tibe2 jadi enemy lah pulak.kan2?

after dah jadi macam tu, mula lah ade fikiran jahat sikit. tak best lah kawan dengan dia-dia-dan-dia nie..buat sakit hati je.rasa mcm beng je lah dgn dia-dia-dan-dia nie.ape masalah mereka nie dengan aku nie???yeah.perasaan + hasutan syaitoirrajim.ngehehe

mase2 terluang dengan kawan baru i.e. syaitonrrajim ni la yg buat kite lupa saat2 indah dengan si kawan tu. lupa dah benda2 baik yg dia-dia-dan-dia pernah buat kat kite.kesian insan bernama kawan kan?

tapi sekarang aku lebih menghargai ape yang aku ade. kawan2 perempuan aku la paling sempoi.haha. aku harap sem baru ni akan jd lebih bermakna untuk kite semua.nak peluk.hihi *kelip mata laju2 sambil senyum kambing.haha*


oh.lagi satu. aku suka kawan dengan lelaki yang aku takde perasaan jiwang2 dengan mereka.macam gile2 otak aku jdnye.tapi ni dulu.sekarang aku tak suke sgt. sebab aku rasa, most of the guys are merely my acquaintances sebenarnye. memburukkan lagi situasi je.hehe.

bila kau jatuh, dy lagi menjatuh2kan kau, aku tak pangil friends. tp bkan lah enemy. cuma kenalan yang aku taknak rasa ter-efek dgn perbuatan mereka yang no-need-to-be-mentioned tu. so i prefer jauhkan diri drpd lelaki yg macam tu.serius sakit jiwa nanti.

tapi alhamdulillah, masih wujud kawan2 lelaki yang selalu ade utk aku, sama mcm kawan perempuan aku.actually, aku terhaghu gile tau tadi kawan jauh aku luah perasaan kat aku.eh.i mean share problems.haha. rasa sgt dihargai sebagai seorang sahabat. padahal asal2nye, dy ni kawan kepada kawan aku.dengan orang2 macam ni, kalau aku terasa, aku cakap je, woi, terasalah.lepastu gelak2.haha.happy sgt2 tanpa simpan ape2 dlm hati wlwpun i meant it, terasa.hahaha.


u know, bila kawan kite share something yang tersimpan jauh dalam sudut hati tu, yang dengar ni rasa macam termasuk dalam hati kawan yg bercerita tu.walaupun pening2 lalat jugak lah.haha.efeknye, kita akan rasa lebih selesa dan senang dengan kehadiran mereka2 yg mcm ni. 

well, tak semua lelaki annoyying yea perempuan2 sekalian.haha. tapi ego lelaki memang susah la nak buang, sama macam kite perempuan susah nak buang ego sendiri.just accept each other's behaviour. kalu kite memang berkawan dlm erti kata sebenar, insyaAllah xd masalah ego rasanye.tapi dgn lelaki yg bukan kawan tu, rasa teruji sikit la.but just ignore them.hehe.

dan tak lupa jugak la utk bakal suami aku.kakakakaka (sempat berangan)
although tak perfect pada mata org lain, tp perfect utk aku.cukup.aku sorang je boleh define "perfect" tu to what extend. dia sorang lah yang boleh buat aku marah, dan dia sorang jugak lah yang akan sejukkan balik hati aku. tu la yang kite panggil, Best friend. insyaAllah satu hari nt.ceyh. aku sgt2 harap wo yang part nie.nak nanges buleh.*tibe2 gedix* 

hahaha

oke.kembali serius.
ehem.
entry ni buat aku rasa bersyukur sgt, aku ade ramai kawan rupanya. jgn la pessimist sgt rasa takde kawan ina ooi.ish2.hargailah teman yang kite ade.org kata, kite ditentukan oleh kawan. tapi sebenarnye, kite juga menentukan siapa kawan kite. kalu kite fikir positif tentang kawan, maka positif lah impak nye. dan vice versa.

dan khas utk kawan2 usim, selamat masuk sem baru setelah cuti 4 bulan.dan semoga persahabatan kite lebih erat.amin. ^_^ 



p/s: ade jugak jenis sahabat.punye lah sahabat sejati ter-lebih sgt lah pulak. 
bila kawan dy gaduh dgn kawan org lain, terlebih2 backup kawan dy sampai menjahanamkan   kawan orang lain.tak baik tau macam tu.tanak jd mcm ni tau.tak besshhh cmni >.<


p/s p/s: kawan ade macam2 rupa, macam2 kerenahnya, tapi merekalah yg mewarnai hidup kite.love them as u love urself. ciri org beriman nabi kate.






ina zarina
^_^
alamk.dah pukul 4:46 pagi dah la.huhu.nantok.nanyte.salam
   



     










apa itu "lelaki"?



Ceyt. semalam kata tak sabar nak kawen. hari ni baru nak pikir, ape itu "lelaki"??haha
tolong jangan jawab, lelaki ni makhluk Tuhan la ape la..xnk2. sebab aku tak tanye "siapa itu "lelaki" yea.


aku takde lah fikir ape itu "lelaki" by heart and by hard sebenarnya. hanya terfikir. kalau perempuan nak sesuatu, mesti ade sebab.berjela2 sebab dan akibat seorang perempuan boleh bagi. tapi lelaki? camane yea? 




contoh paling senang la.adik aku.haha
adek aku pernah menangis sebab ade seorang perempuan kat sekolah dulu suka dia.tapi bila adik aku dilanda sindrom "hati terbuka" ni, aku memang terkejut la.


dia terpikat dekat seorang perempuan kat pahang nuh, tanpa sebab.sekali pandang je, he was like: she was born for me~dia terus aim budak tu. 


~no reason to explain how and why it happened~


perempuan selalu kalu terima lelaki, mesti berjela2 reason dia bagi kan.lelaki tu caring lah, itu lah, ini lah.takkan senang2 nak terima kan.hehe.so sebagai perempuan, aku memang pelik dengan lelaki seperti adik aku ni la kan. how come boleh main terdetik2 dalam hati sebelum jumpa nih.confident plak tuh.haha.


tapi sweet lah mereka berdua, tak pernah gaduh beb!! well.adik aku ni penyabar sikit orangnye berbanding kakak dia.hee


so aku pun ajukan persoalan aku kat membe lelaki aku. tau dia jawab ape??


dia kata:
entah.tak tahu. eh, jangan tnye lagi lah, tension.  


ni bukan sekadar takde sebab lagi dah. tapi dia terus blur.terus letak phone.hamboi~
takpe2. soalan {ape itu "lelaki"} me-nen-sion-kan seorang lelaki.oke.fine! SABAR ina~sabaaarrr..


so my question was left undefined, no answer was given. respond nye juga kurang baik yea.rasa nak disqualified je.hahaha.


jadi, ape itu "lelaki" masih belum terjawab nampaknye.


1.apa yang lelaki nak dalam hidup?
2.macam mana lelak merancang masa depan? ke xd perancangan, main belasah je.
3.perempuan bersedia utk memahami apa itu "perempuan", sebab tu perempuan akan cuba belajar memasak walau setinngi mane pon ego perempuan tu.lelaki pulak? bersedia macam mane ek? (persediaan iman dah wajib lah laki pempuan.jwpn lain??)
4.lelaki muda lebih banyak berdoa daripada berusaha yea??
5.dll.


macam2 la aku fikir.walau pun macam tak perlu, tapi perlu sebenarnya. satu hari nanti korang akan faham kenapa aku fikir macam ni.hihi.


ni aku terjumpe tulisan seorang lelaki kat google.sekadar share.xtw la betul ke x.hehe.



1.Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya.Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong. 
2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya.Jika tidak, dia kata kamu kekampungan. 
3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala.Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi. 
4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka.Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat. 
5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian.Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.
6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan.Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya.. 
7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh .Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat. 
8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai.Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa. 
9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam.Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukaruntuk dijaga hati. 
10. Jika kamu mengirimkan ini pada lelaki-lelaki, mereka pasti bersumpah semuaini tidak benar

semua kat atas ni betul utk lelaki2 yg wujud dalam hidup aku, family ke, kawan ke, more or less the same dengan kat atas2 ni.especially yang no 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10. =)


Jawapan saye: ye benarrr.lelaki itu rumit!! perempuan complicated je~muawahaha


hee.gurau je


p/s: lelaki marah tandanya dia tension + rimas. another fact i found.oo0o0ooo~
p/s p/s: membe aku yang bg jawapan entah tu, anda wajib jawab oke. aku tunggu~hahaha













Sabar



Assalamualaikum everybody


Dalam dua tiga hari ni, aku belajar untuk bersabar secara serius. walaupun takdelah 100% menjadi sebab aku kan degil jugak.hihi.


ehm.semuanya gara-gara dua buah buku yang aku jumpa ni. 1st: Kaifiyat Mempertajam Mata Hati Dalam Mengenal Allah. Tulisan Syeikh Ibnu 'Athaillah Al-Sukandari. Banyak syair2 dan kata2 nasihat drpd Syeikh ni tentang hidup, tentang hamba, tentang Islam. 2nd: Analisa dan Komentar Hadis Qudsi.daripada Syed Ahmad Semait. Ni Hadis Qudsi la.ape lagi kan.Dua-dua ni sangat best. sebab both are primary sources. not secondary.


Both of these books reminds me of being a good Slave of Him. 


Dalam kitab Hadis ni, mostly berkisarkan tentang dugaan hidup di dunia nie. pada aku, memang susah sangat hidup dalam dunia ni. sangat susah. tapi peringatan ni la yang mengetuk pintu hati aku, utk berubah. walaupun sikit. tapi aku nak jugak berubah. 


but unfortunately, terkantoi sikit hari ni.my stupid mistake lah kali ni. tape.cuba lagi oke ina.^_^ 


Tak sernok rasanya kalau aku sorang2 je yang dapat ilmu ni, why not aku kongsi perasaan ni dengan anda2 semua. dan yang paling penting, ia mengingatkan aku ni. insan yang empunya entry dan kitab ni ha.


Berkata Syadad bin Aus r.a., bahawasanya Nabi s.a.w. telah bersabda: Allah telah berfirman:

إذا ابتليت عبداً من عبادي مؤمناً، فحمدني وصبر على ما ابتليته، فإنه يقوم من مضجعه  ذلك كيوم ولدته أمه من الخطايا. ويقول الربّ للحفظه: إنّي قيّدت عبدي هذا وابتليته، فأجروا عليه ما كنتم تجرون له قبل ذلك من الأجر، وهو صحيح
Rawahu Ahmad dan Abu Ya'la dan Humaiyd ibnu Zanjawayh dan Abu Nu'aim dan Ibnu 'Asakir daripada Syadad bin Aus r.a.
Mafhumnya:
"Jika Aku menguji salah seorang hambaKu yang Mu'min, lalu dia memujiKu atas apa yang Aku mengujinya, Maka ia akan bangun dari tempat pembaringannya(setelah sembuh penyakit), bagai anak yang baru dilahirkan oleh ibunya. Bersih daripada dosa. Lantas Tuhan akan memerintahkan Tuhan Pencatat amal: Sesungguhnya Aku telah menahan hambaKu ini, dan Aku telah mengujinya, maka kini catatkanlah baginya apa yang selalu kamu catatkan sebelum itu dari pahala2nya"


Maka, perbanyakkanlah kita bersabar, atas dugaan Tuhan.  Menurut kata penulis buku hadis ni, banyak kelebihan yang kita dapat bila bersabar. antaranya mcm yang dalam hadis kat atas ni lah. bahasa ringkasnya, kifarah dosa kita. apa gunanya kalau tak bersabar, sebab kita takkan dapat ape2 pun. bertambah rasa pedih hati ade lah.membebankan diri sendiri.


Perlu la sama2 kau dan aku ingat, dugaan ni tak semestinya penyakit dan benda2 negatif. kegembiraan pun satu dugaan, kemewahan dll, semua ujian khas utk kite tanpa kita sedar. 


Hidup ini adalah satu lakonan yang penuh dengan dugaan dan cabaran. payah, tapi perlu di telan jua. bersabarlah duhai hati.

aku sedang di duga. klik sini utk tahu sebabnya T_T


p/s: aku rasa nak kahwin sangat2 sebab asik jumpe blogger yang cite pasal hidup berumah tangga je. walaupun calon aku entah di mana.huu.bersabarlah duhai hati T_T



How to control your eating habit during ramdhan?



Assalamualaikum. 

just a couple of days before ramadhan al-mubarak. so, as a personal wellness coach, i've to serve u guys with a suitable menu plan. here is the most suitable place, since my customers are quite bz with their own stuffs. i don't want to disturb them everyday with my calls asking  for the same thing.

ok.here is the menu plan. hope u guys can manage yourselves well. 
ingat.shake bukan tuhan. it is in fact a RESCUE 911 ^^

anda diberi 2 menu plan. *khas untuk lose weight program sahaja ^_^*


1st : ber-SHAKE TWICE A DAY (recommended)

Sahur
400ml plain water
400ml tea mix
250-400ml plain water + 2scoops of shake 

Berbuka puasa

a.(immediate after azan maghrib)
7 biji kurma
400ml plain water
400ml tea mix
250-400ml plain water + 2scps of shake

b.(after terawikh)
a normal-controlled breakfasting meal 
plain water (as required. habiskan b4 tido)

2nd: ber-SHAKE once (utk yang rasa nak jimat je)

Sahur
2 liters of plain water
a light sahur meals. 

Berbuka sahaja

a. (immediate after azan maghrib)
7 biji kurma
400ml plain water
400ml tea mix
250-400ml plain water + 2scps of shake

b. (after terawikh)
a normal-controlled breakfasting meal 
plain water. (as equired. habiskan b4 tido)

supposedly, berat kite akan berkurang mase ramadhan. jangan terbalik sudah. ^^

explanations:

1. anda perlu menghabiskan the remaining plain water as required by your body.

*20kg = 1 liter air.
kalau berat 60kg:
60/20 = 3 liter air. 

*lose weight program, perlu gadakan air yang diperlukan
so, 3liter x 2 = 6 liter air satu hari

*habiskan dalam mase 1 hari. bahagi2 kan ikut kemampuan.
eg: 2 liter sahur..2 liter after berbuka..2 liter after terawikh samai sebelum tido..
total = 6liters.

2. 400ml of tea mix tu included dalam pengiraan air yang badan perlukan. 6liter boleh la tolak 400ml tea mix tu. tapi 250-400ml plain water untuk shake is not included oke.

3. kalau tak amik tea mix,anda perlulah tambah jumlah air yang badan anda perlukan.

4. yang paling penting, ambil shake after berbuka itu wajib. 
rasional: masa puasa, perut anda akan kosong selama berbelas2 jam. jadi, perut anda akan dipenuhi asid. jika anda terus ambil makanan berat, perut anda akan mengeluarkan lebih banyak asid. so, tak elok macam ni. sebab tu anda pelu heal kan perut anda dengan air dahulu. kurma itu pasti. kemudian diikuti dengan shake, utk beri tenaga dan nutrisi2 yang diperlukan oleh badan anda yang kosong tu. faham kan? 

5. rasional ambil makanan lepas terawikh: bila korang dah minum mase berbuka, korang akan rasa kenyang skit dengan shake. so nafsu gelojoh utk makan akan berkurang. jadi, dapatlah elak drpd berat bertambah mase ramadhan.hehehe. aku dah test ni mase qada' puasa. janagan korang tak rasa macam yg aku rasa ni.haha

5. tolong elakkan makanan berminyak. kurangkan nafsu makan.i know it's hard, but it is a must.muwahaha. owh.aku dapat bayangkan mertabak, kuih muih, air manis atas meja makan. sabar oke.^^

6. kalau korang tak amik shake pun, boleh cuba jugak cara kat atas ni. one for all, all for one. :)

p/s: kalau kurang mengerti, sila tanye inazarina oke. ^^ 
p/s p/s: J-Mat turun 5kg dalam 2 minggu je oke. rasa tercabar tak? yeah! anda pun boleh!!go go go~


Best of luck
trust yourselves!
from inazarina
^_^


Encik breakfast penentu berat badan anda!



Assalamualaikum


Tajuk yang mungkin tipikal untuk sesetengah daripada kita. semua tahu, tapi suka buat2 tak tahu. main belasah je sarapan pape. most orang melayu, ade 2 jenis type. ni yang paling common la. first, sarapan denagn nasi lemak dan asi goreng, air teh dan bla2~ or second, tak sarapan langsung!! yes. aku pun macam tu. janji sedap.hehe. so, hari ni jom kite ambil tahu semula, tentang kepentingan ber-breakfast. (kawan aku kata aku salah pilih kos)


1st: Carb-based breakfast


Jenis yang pertama ni berlaku bila kite makan makanan yang mendatangkan karbohidrat di pagi buta. contoh senang: toast yang semua suka tu, white bread pun, cereal pun tau! yang banyak gula tu. kalu kat rumah aku suka kowt roti letak planta, pastu tabur gula.marveleess!! oke. walaupun ianya sedap, tapi tak elok sebenarnya untuk kesihatan kite. pagi2 dah penuhkan gula dalma badan.


TAHUKAH ANDA??!! eceh3..
a simple-carb di awal pagi akan meningkatkan kadar gula dalam darah kite?? bila kadar gula / glucose dalam darah kie meningkat secara mendadak, ia akan menggalakkan pe-rembesan insulin yang tinggi




Fakta: insulin ialah satu jenis hormon yang berfungsi untuk menstabilkan kepekatan gula dalam darah


Rembesan insulin dengan kadar yang tinggi tu akan me-remove gula daripada darah tadi dan yang lebih2 tu akan ditukar menjadi fat or LEMAK! Kesan daripada insulin me-remove sugar dlm darah tadi akan menyebabkan kadar gula dalam darah mula menurun dan kite akan jadi cepat haus, cepat lapar. yep. dahagakan carb!! 


Proses ni akan berterusan 2-3 kali sehari tau dalam badan. so, no wonder lah kite asek rasa nak makan je~ inilah antara penyebabnya. In the end, kite lah bakal penghidap diabetes, high blood pressure dan extra and extass-extrasss-extraaasss weight.


nota tambahan: my coach kata, bila perut kita kosong, perut kia akan dipenuhi asid. apabila ia diisi dengan makanan berat secara tiba-tiba, lagi baaannyyaakkk asid akan keluar. ini berita yang tidak baik utk habit kite~


2nd: Skipping breakfast


bila kita skip breakfast, gula dalam darah akan menurun dan jatuh di bawah paras normal. ce tengok gambar ni~







akibatnya, badan kita akan jadi lemah, kurang tenaga. jadi, untuk melawan situasi ni, badan kita akan gelabah tau. mane nak dapat tenaga nie??? bayangkan lah macam mane sel dalam badan ni gelabah okeh.haha


so once again, our body will revert to simple-carb tadi untuk mendapatkan gula dalam darah denan cepat, untuk atasi kepenatan, kelaparan dan kelemahan tenaga kita. maka, proses tadi yang macam kat atas tadi akan berulang sekali lagi. 


simple carbohydrates --> high level of blood sugar --> substantial emission of insulin removes the sugar from blood --> level of sugar in blood decreases --> lapar dan dahagakan carbohydrates!! 


as i've mentioned earlier, this process repeats 2-3 times a day~penatkan? lame2, penyakit2 yang disebutkan kat atas tadi pun akan berlaku pada yang tak bersarapan. same macam yang bersarapan secara tidak sihat.


but not to worry, we got another solution for u guys~


3rd: Balanced protein-based breakfast


oh.ape tu? 


oke. ini lah satu jenis sarapan yang dapat membekalkan semua jenis nutrisi pada badan kite dan tenaga TANPA meningkatkan kadar gula dalam darah. so insulin pun takkan keluar memancut2 daripada pancreas diawal pagi. perut pun tidak akan bergantung kepada carb subuh2 adam. maka, dapatlah kita mengawal rasa lapar kite yang mengganas je selama ni.




so kengkawan, cuba lah cari sarapan2 yang boleh membekalkan nutrien2 yang seimbang untuk badan kite. tak banyak gula. ye. sarapan yang sihat. 


macam biasa, mula2 minum air bila bangun tido. beribu kali dah cakap yang ni. ni kan sunnah nabi. macam tadi coach aku dah cakap, bila perut kosong, perut akan penuh asid. bangun tido pn perut kosong kan? so yes, perut penuh sangat dengan asid mase tu. jadi, minumlah air pagi2 sebelum masukkan makanan lain, oke~


lepas minum2 tu, tibalah masanya untuk kite ber-SHAKE party seorang diri di rumah sendiri. 


SHAKE bukan produk untuk kurus ye. SHAKE bukan TUHAN!! it is just a supplement to enhance your health. orang kurus, orang normal, orang gemuk, orang mengandung, semua boleh. bayangkan shake ni macam milo atau horlick atau kopi atau teh yang anda minum selalu. cuma kalori rendah tapi membekalkan nutrisi yang tinggi. dalam 400 kalori je utk 100g. kite ambil 25g shake j eutk satu hidangan. see. sikit kan? :)


SHAKE sedap! esp trop fruit. tak tipu!




tak dinafikan, tanpa shake pun kite boleh jadi sehat. tapi bagaimana? mungkin anda boleh cari makanan yang cukup kandungan proteinnye.. plus vitamin plus carb plus fat plus sugar dan etc2, dengan kadar yang betul2 diperlukan badan. yes. anda hebat jika berjaya dengan cepat. ^^

doa saya untuk anda hari ni: 
semoga kite sihat luar dan dalam dan bahagia sentiasa.
dan mula kan mengubah sarapan anda, maka semua yang lain akan berubah! insyaAllah.
^_^



p/s: today is inazarina's birthday.happy! ^^

My menu plan..



Assalamualaikum


Semalam saye di basuh semula oleh coach-coach saye untuk mengubah cara pemakanan saye. huahaha. dah terinfluence dengan cara mama. so ikut yang tu je. rupanya, lain orang, lain caranya =)


BREAKFAST
1. 250 ml plain water + 1 scoop of F1
2. Healthy breakfast 
3. 500ml of plain water


LUNCH
1. 250 ml plain water + 1 scoop of F1
2. Normal lunch 
3. 500ml of plain water


DINNER
1. Normal dinner
2. 500ml of plain water

untuk gain weight macam aku, kene banyak amek lauk2. dan nasi tentulah. tapi lauk mesti banyak. (oke yang ni aku tak gemarrrrr~gggggrrr) lauk aku mestilah terdiri daripada protein2 macam telur, ikan dan lain-lain. lebih protein dan sedikit karbohidrat padahal aku kan kurang berat badan. kenapa? oke nanti aku explain. keadaan orang kurang berat ni sedikt complicated berbanding yang overwight.hehe



plain water aku pulak kalau korang tengok kat atas, dalam 1500 ml (1.5 liter) sehari. actually tu kurang tu. aku kene minum more than that. 


Fakta: setiap 20-25 kilogram badan kita memerlukan 1 liter air.


Berat badan aku sekarang 44kg, maknenye badan aku memerlukan air lebih kurang 2 liter sehari. Kalau berat 100kg, maknenye kite memerlukan 4 liter air sehari or 4000ml sehari.


well, i tak suka minum air. main reason is simple. aku malas nak pergi dapr minum air.haha
tapi kene suka sebab air sangat penting. 




another Fakta: badan kita akan kehilangan sekurang-kurangnya 1.7 liter air sehari melalui proses pernafasan dan kumbahan sahaja. (cuba bayangkan kalau kite minum 1 liter air je? ape yang tinggal agak-agak ek?)  


ni basic je aku cerita. semua orang mesti tahu fungsi air:
- Air menstabilkan suhu badan
- Air mengangkut nutrien dan oksigen ke dalam sel
- Air melembabkan udara dalam paru-paru
- Air meningkatkan kadar metabolisma
- Air melindungi organ-organ
- Air membantu organ-organ untuk menyerap nutrien dengan baik
- Air melindungi dan melembabkan rawan
- Air juga mengangkut bahan kumbahan keluar
dan bla..bla..bla...banyak sangat2~


oh. yang ni aku baru jugak tahu. yela. aku bekas budak science yang tak suka benda2 ni dulu. hihi
- Otot manusia memrlukan 75% air
- Tulang memerlukan 22% air
- Darah memerlukan 83% air


so air bukan lah kehendak. tetapi keperluan. nak tanak, kene lah jugak minum plain water..wuwuwuuw~ but please-please-please..minum lah air secara bijak. jangan sumbat bergelen2 air satu mase sudah. pecah perut tu nanti. meletop. p0m!! haha.


p/s: untuk those yang nak turunkan berat badan, air jugak boleh mengurangkan lapar perut anda tu. secara tak langsung, anda akan mengurangkan pengambilan kalori yang berlebihan. betul tak?? cubalah :)

^_^
ina zarina



Misi Herbalife kini bermula

Assalamualaikum everybody


Soalan pertama, kenapa tibe2 hebalife. nak ikut si dia kah??
TAK. tapi sebab ni!!~ errgghh (kan dah cakap my mom yang introduce kat i dolu2)


oke. yesterday was my first day with Herbalife, after stopped using it for almost 2-3 months. Since today is my second day, no changes happen..yet~ yela. setakat satu hari, takkan tibe-tibe ade perubahan. itu tipu namanye.


Yesterday was a tiring day for me. pergi STS untuk newbie herbalife. lepa tu pergi melaka pulak hantar produk kat customer. fuuhh..


oh. about the STS..I thought it would be a boring session. ceramah bagai. but I was wrong. it was a sharing session. kat sane aku tengok sendiri testimoni yang sangat hebat. mulut aku macam, WHAT!! tak percaya sambil ternganga besar2.haha.


mane tak nye. bayangkan, ade sorang budak perempuan tu. baya2 aku macamtu. but very the ayu. lembut je cakap. and you know what. setiap kali dia buang air besar, dia akan pengsan dalam toilet. toilet rumah dia banyak kali kene tukar tombol pintu dalam usaha untuk menyelamatkan si gadis terbabit. gile tak! kritikal kot macam tu. aku pun terfikir lah mase tu. mesti malu kan masa orang nak keluarkan dia dari toilet. ;P  


so i was amaze by the result. after consuming Herbalife, she got her life back. best kan? congratez to dia lah kan.hehe. itu salah satu testimoni yang hebat pada aku. bukan sekadar berat badan, tapi dalaman jugak. dan kalau pergi sane, mcm2 cerita yang kite boleh dengar. cerita+semangat. u yang best tu. 


lagi satu aku tgk, orang2 herbalife ni macam hepi semacam tau. dirang sangat fun involve dengan herbalife. sangat ikhlas. sedangkan orang luar asek mengutuk herbalife je aku tengok . eh. bukan kawan2 ak. tapi aku ade buat research before i get into this herbalife thingy~hee.


dua faktor yang aku boleh nilai secara jujur:
1. they are not promoting Herbalife for money per se. (aku kan bekas promoter Gintell. so biasa tengok muka orang menipu ;p)
2. diorang sangat concern tentang kesihatan diri, family dan kawan2. (sediit pelik tapi tu la korang akan tengok. so kalau tak reti concern, baik jauhkan diri dari mereka.hee)


no wonder lah mereka memegang prinsip yang same. SERIOUS PRODUCT FOR SERIOUS PEOPLE. 


macam2 jenis orang tak serious ni.
1. ejek- mengejek. (type ni mana2 bisnes boleh jumpe. unless u datang daripada family businessman, mungkin jarang jumpe lah golongan macam ni)
2. percaya dan beli produk. 


oh yes. yang membeli pun boleh jadi tak serios. bila mane tau? bila dia tak ikut aturan dan jadual pemakanan yang ditetapkan. contohnye, beli hari ni, esok makan, lusa tak makan, bulan depan baru makan.suka2 hati dia je. pada orang herbalife, ini membazir namanya. membazir duit customer sebab beli tapi tak guna. bila tak guna, mane nak datang resultnya. 


dan of course, membazir masa dan air liur distributor.What i can see so far, distributors want to see your result. a testimony. not your money. ingat seronok ke jual barang mahal lepas tu kene bambu dengan customer sebab xd result. tp masalah berlaku bila kia sendiri yang tak ikut cara makan.kan? hehe.


dalam herbalife, semua orang ade aim. paling ramai, nak kurus lah. alhamdulillah result mengejotkan lah. 


ni upline aku. kak ika dan abang rudi. bangga kan??wahaha

meh tengok yang ni. ni yang paling aku suke..BOB~
150 kg!!!

AFTER
-
-
-
-
-

tadaaaaa!!!~

hebat!! tahniah2~

 tapi aku tanak jadi kurus. nak gemuk pun..er.tanak lah sangat. cuma mahu kembali menjadi normal. hee. nak jadi macam ni, insyaAllah~


yang ni pun upline aku gak. nak jadi macam abang ijan sebab GAIN WEIGHT!! hiihi


dan macam ni. ade agama. ada rupa. ada harta. 

Amalina Peter. 22 tahun tapi dah qualified ke Gold Cost. income tak payah cerita lah kan..fuhh~
very-the-inspiring-lah


seronok sangat bila selalu besama dengan orang berjaya dan bersemangat seperti mereka. 
tapi kalau selalu bersama, attitude sendiri tak ubah pun tak kemana. yang penting, kene ikhlas kan diri. buat kerja kite sebagai hamba. jangan buat kerja Tuhan. do your best. Let Allah do the rest :)


Ina Zarina
^_^