Tolong gemokkan saye!

Assalamualaikum


Macam ape entah tajuk entry ina ni kan? (malam ni nak jadi sopan lagi ayu la. nak membahasakan diri dgn nama yang indah nie.poyos)


Bercakap tentang gemok dan kurus, kecil dan besar, agak sensatif sebenarnya untuk mereka-mereka dan kite-kite yang sensatif. ye.aku pun TERsensatif jugak akhir2 ni, tapi dengan perkataan "kurus kering".arrgghh..tapi ini realiti kan, mcm mane nak post entry ni kalau ina tak buleh sebut those words.jadi, mari berCOOL~hee


Oke. actually berat badan aku yang "azali" ialah around 49-50kg. tak pernah lari. kalau aku makan sikit, berat aku jadi 48-49kg. kalau aku makan banyak sikit, berat aku naik lah dalam 50kg. tapi jarang, selalu aku memang makan BANYAK-BANYAK.jarang SIKIT-SIKIT nie. tapi berat maintain la.49-50kg. alhamdulilah. denagn tinggi aku yg 158 nie, kire normal dah tu.


tapi start aku duk umah sewa dengan kawan2 aku kat nilai, berat badan aku terus turun. yela.bukan nak kate salah mereka.tade kaitan punrumah sewa dgn berat badan.haha.tapi bukan sikit2 tau turun.sampai 44kg. aku tak tau mane pegi lemak2 aku lari.heh! under weight dah tu tau!!


tu pun mula2 aku tak perasan. orang pertama tegur aku kak mas. budak kos lain. orang kedua pulak Najat. pun budak kos lain. kitorang masa foundation dulu sama kuliah.tapi degree dah lain2 kos dah. mungkin sebab kitorang jarang jumpe, so diorang lah yang perasan dan memerasan kan aku akan hakikat kekurusan tersebut. Mase tu, kat surau, nak solat zohor. mula2, dalam hati rasa macam, wah, aku dah kurus lah!yes2!! tapi sekarang, aku dah risau pulak.


Semua kawan2 aku nak tegur tau. Muke sakit lah.cengkung lah. kalau budak2 kos lain, mesti cakap, ina nape nie? penat sangat eh masuk law??banyak keje eh? hui.kalau aku banyak keje pun, xd lah law ni sampai tak bagi aku makan kowt.tade makne penat sangat der~hihi.


Oh. ade kawan2 aku yang lain lagi best ayat.Ina dulu berisi sikit.cantik je. sekarang dok molek doh.PAHAM tak!! dok molek loghat klate. (boleh teka siapa kah??haha) maksud nye, TAK CANTIK!!aisyhh~sabar2.senyum2.^_^


so, aku sangat2 risau.bukan sebab cantik tak cantik (yela2.effect sikit.hihi). tapi rasa macam mayat hidup.korang faham tak??hahaha. kawan aku yang lain pulak kate, kalau orang tu memang dah kurus daripada dia kecik, tak heran sangat lah sebab tu dah memang dia. tapi kalau orang badan tak berapa nak kurus, jadi terlalu kurus, mesti lah membimbangkan. from normal to abormal.mak aku pun bising.huh~


DISLIKE this!


So, insyaAllah, kalau di izinkan nya, aku nak start pengembaraasn menggempalkan diri. memutarkan masa, from this state of health, to a better one. Like I wish~ I really need supplement. even aku dah makan mentekedaghah pun berat aku takkan berubah.44kg jugak. 
yang pelik, dah la makan bertambah banyak daripada selalu, pastu cepat lapar pulak tu.aku makan sekarang, boleh lebih daripada 3 kali tau. tu nasi tu.tak masuk benda2 ringan yg aku makan. cepat betul badan aku membakar lemak2~ so, aku memang memerlukan supplement.sangat2. 


Tapi belum cukup duit pulak nak beli. oh yeah. aku pernah try tau supplement ni  dulu. memang best.mak aku punye.hehe. nampak nye aku bakal memulakannya semula. with my own money. but no money no talk. nanti lah kalau ade rezeki kan.


p/s: aku dah beli DUA tali tape nak ukur lilit badan.semangat tak??hahaha.
satu untuk aku, GAIN WEIGHT. lagi satu untuk dia, LOSE WEIGHT. kalau berjaya ni, memang hebat dan berdisiplin betullah! wish me luck keyh dalam misi transformasi untuk kembali kepada asal.


papai~
^_^
ina zarina






psssttt: entry dalam entry untuk tishi misyi.HEPI BUZZDAY~^_^


apesal muka perempuan ni macam ko tishi??kan?



2 comments:

tqaAwesome said...

haha sengal ko ina.
weh2 ak xleh blk nilai ar..

ak tgh cubaan turunkan berat.
sehari xmkn nasi, turun 2kilo.
wuhuuu~

ditambah dengan stress, berkurung dalam bilik,
turun lagi 1kg!

hehe :)
gudluck ah korg ek.
bagus kan ko, haritu tanak2 join mooting dah pon, last2 ko smgt join, ak plak xsmgt.
bagus2! Good Luck aww. menang dapat g korea. hehe

ak xsuke la mooting2 ke meeting2 ke..
argh xsuke. haha. *emo*

INA ZARINA said...

eh.ko kalu tulis emo2 nie, mesti betol2 emo nie.tension eh ngan mooting??ilek2~

tu aku kate, lepak sini.kitowang bukannye meeting sangat pun.tunjuk muke je.pastu balik, tido..tgk2 movie (kinah jah n nabila. aku tak mungkin)wakaka

sabar tisyi..senyum2 :)