Pesanan Umamah Al-Harith Buat Sang Puteri

Wahai puteriku..
Sesungguhnya, jika nasihat ini kutinggalkan kerana keutamaan adab, tentu ia akan kutinggalkan hanya bagimu sahaja.

Tetapi, ini adalah pertolongan bagi orang yang lalai
dan pertolongan bagi orang yang berakal

Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana kekayaan orang tuanya
dan kerana kecintaan kedua orang tuanya kepada dirinya,
maka akulah orang yang paling tidak memerlukan suami.

Tetapi, 
wanita itu diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk wanita

Wahai puteriku..
Engkau akan berpisah dengan rumah yang pernah bersatu denganmu dan meninggalkan tempat yang pernah membesarkanmu, menuju ke tempat yang belum engkau kenali dan pendamping yang belum pernah dekat denganmu.

Dengan kekuasaanya, dia akan menjadi pengawas dirimu dan orang yang akan menguasaimu.

Maka, jadilah diri sebagai abdinya, 
nescaya dia akan menjadi hamba yang patuh bagimu.

Jagalah sepuluh perkara, necaya akan menjadi simpanan bagimu, iaitu...


Pertama dan kedua ~ Tunduk kepadanya dengan penuh kerelaan, mendengar dan taat kepadanya dengan cara yang baik.

Ketiga dan keempat~ Memerhatikan sasaran mata dan hidungnya. Jangan sampai matanya melihat sesuatu yang buruk pada dirimu dan janganlah sampai dia mencium bau yang kurang enak dari dirimu.

Kelima dan keenam ~ Memerhatikan waktu tidur dan makannya kerana rasa lapar itu boleh membara dan rasa mengantuk itu boleh membakar sifat amarah.

Ketujuh dan kelapan ~ Menjaga hartanya,mengambil berat kerabat dan saudara-saudaranya. Kemampuan menjaga harta adalah mengukurnya dengan cara yang baik dan kemampuan menjaga saudara adalah dengan mengurus dengan cara yang baik.

Kesembilan dan kesepuluh ~ Janganlah ingkar perintahnya dan jangan membocorkan rahsianya. Sebab jika engkau ingkar perintahnya beerti engkau telah membakar dadanya dan jika engkau membocorkan rahsianya engkau tidak akan aman dari pengkhianatannya. Kemudian janganlah engkau menunjukkan kegembiraan di hadapannya ketika ia bersedih dan sebaliknya janganlah engkau menunjukkan kesedihan kepadanya jika dia dalam keadaan gembira.



================================================================================


11 Feb 2012~a special day.

alhamdulillah :)

dua orang sahabat telah pun sah bergelar isteri semalam. "isteri". mahal title anda tu. tahniah! :)

sorang, kawan kat uni. sama kos- kak pija. dan lagi sorang, kawan sekolah rendah, missing in action masa sekolah menegah, dan jumpa balik kat uni, cuma lain kos, medic-azhani. 

since wedding kak pija nun jauh di sana (Kedah), tak dapek la eden nak poie. hanya dapat menghantar sms panjang berjela kepada kak pija pada pukul 3 pagi.haha. 

but i went to azhani's wedding.dekat je. hmm..expecting to meet my school friends, but instead, i met usim friends more-lah pulak. inter alia: hai zaty idris! :P the wedding was cool. sejuk je wedding tu. ade doa2. takde lagu2 karaoke + suara tak sedap tetamu yg memeningkan kepala.alhamdulillah. 

nasib baik pergi wedding ni.boleh jumpa kawan2 lama yang teramat lah lama tak jumpa. :)

jannah, intan, ina, adila
intan n adila dah final year degree tahun ni. jeles :'(

aku dulu satu kelas sekolah kebangsaan dengan azhani. kitorang 1 kelas memang sangat2 rapat. lelaki perempuan rapat mcm adik beradik. belajar memang kecoh satu kelas. time main lagi la sangat kecoh. memang seronok zaman budak2 kan.hehe. masa sekolah rendah, kitorang panggil azhani ni, kak ani. sebab dia kira kaklong la kalu dalam kelas. paling tua dalam kelas. see, dia kawen dulu. jodoh sampai dulu. memang kak long betul lah! hihi. 

mereka sangat comel dan sweet.barakallahulakuma :)
owh. pengapit perempuan tu pun cantik!
perkenalkan, lagi sorang member sekolah rendah. fatin nabila azmi :) 

tahniah lagi sekali buat pengantin-pengantin- azhani & pasangan dan kak pija & pasangan. semoga Allah berkati perkahwinan anda semua. pesanan Umamah Al-Harith sebagai ganti hadiah korang ^_^






p/s: who'll be next?? :)


UPSR, PMR dan SPM 2012 candidates


assalamualaikum. woah! last post was posted at the early of semester 5. sekarang, dah nak masuk semester 6. maksudnya, sudah 5 bulan berlalu sejak previous posting. feyywh~

well, sekarang im still in the middle of my semester break. another 2 weeks to the 6th sem. masih lagi di tahun 3. argh. bila nak habis belajar nie?ngehehe..

cuti2 ni, tak berlalu seperti cuti2 aku yang sebelum ni. kalau doulu-doulu, aku mesti tengah kerja part-time kat shopping complex yang tak berapa terkemuka, jadi promoter here and there, dengan muka sedih(expresi muka itu penting.) lepas tu, mesti ade kes aku cabut lari daripada tempat kerja. ahah!

WALAKIN..sekarang, tidak lagi!!^_^   

percaya atau tidak, kat rumah selama sebulan, aku jadi cikgu tuisyen kepada jiran aku. ngaja addmath okay.addmath!! bagai nak rak la aku study balik addmath ni. mana tak nye, sudah 4 tahun aku tinggalkan dunia kira-kira ni. mana ada pelajar undang-undang pegang kalkulator lagi. except for those practitioners who run their own legal firms, of course. nak kira duit masuk from customers la. ape lagi. :)

apart from teaching anak orang lain, aku duk ngaja jugak adik2 aku. yang ni, tentulah tanpa gaji.amal jariah aje. you know what, tahun ni, berderet adik2 aku exam besar. UPSR ada, PMR ada, SPM pun ada. serius, aku sgt cuak untuk mereka2 ni. aku lebih cuak utk mereka daripada utk diri aku sendiri masa SPM 4 tahun dulu, you know~ masa abang diorang yang no-2 tu exam pun aku tak pernah cuak mcm utk yang 3 orang lain nieh. im struggling for them. kalau diorang sendiri tanak paksa diri struggle, tak tau la aku nak kata apa. akan aku gantung diorang kat depan pagar.takut tak? haha.



bukan apa. semua ni utk masa depan kita. aku tengok, semakin tahun, sistem peperiksaan Malaysia menjadi semakin mudah. meaning, lebih ramai student MAMPU untuk score. doesn't mean yang score exam tu x pandai pun, tapi kalau kite x dpt score, memang melampau lah. pendapat aku, sebagai student dan juga guru student (ecewah), utk golongan yang tak score ni, ade 2 jenis. 

1st: memang tak faham apa yang diajar. sorry to say, memang ada yang jenis lambat nak faham. i feel sorry. tapi tak bererti mereka tak pandai. kadang2, mereka sebenarnya lebih pandai. mereka2 ni hanya perlukan perhatian yang lebih daripada guru dan ibu bapa. 

2nd: faham apabila di ajar, tapi fail masa peperiksaan. atas faktor common, i.e. "tak ingat". jenis second ni, aku geram lebih sikit. ni golongan, sorry to say, p-e-m-a-l-a-s. ouchy! this is not good for u and me, dear~ rajin2 buat latihan. tell you what? sistem peperiksaan di Malaysia ni, so far, bukan untuk orang pandai, tetapi untuk orang yang rajin. but when u come to uni, that's the time for intelligents, hardworking and creative students, and the combination thereof, in which im not one of them, kot.haha!     

"orang hebat itu hanya melihat diri mereka sebagai gagal apabila mereka memutuskan untuk tidak merealisasikan impian mereka"

jadi, utk candidates SPM, PMR and UPSR, rajin2 buat latihan. rajin2 tanya cikgu, discuss dengan kawan2, dan paling penting, buat past years examination papers. banyak2. pernah tu, soalan exactly the same keluar maasa aku exam. cuma soalan tu ubah sikit2 je daripada previous que. insyaAllah akan dipermudahkan. jangan menyesal di hujung2 hari sudah. tapi jgn pulak belajar utk exam, pastu lupa terus. belajar kerana DIA~tiada DIA, tiada kita :)

mesti ramai di antara kita yang moto sekolah nya, USAHA, DOA, TAWAKAL. it brings a huge and very deep meaning, though. all the best for uols + my brothers and sisters kat rumah, and me as well! :) kena selalu balik rumah la nampaknya sem ni dan jerit2 suruh budak2 ni study. hate malas2! hihi.

p/s2: eh, result sem lepas nth macam mana lah kan? tanak ingat, takut. =.="




DOAKU SEPANJANG SEM NI



sy berdoa utk se-flor dengan classmate sy,budak2 law, supaya sy dapat belajar, x ponteng kelas.DIA makbulkan.siap sebilik lagi~


dan sy berdoa juga utk dipisahkan kelas drpd dia, supaya sy dapat fokus study. dan DIA makbulkan lagi.walaupun mungkin tak bersedia.huhu


tapi pasti ade hikmah. betapa dekatnya DIA dengan kite. tapi masih lagi ade yg kurang yakin kan.degilnye manusia T_T


sy nak doa lagi la: semoga DIA pinjamkan sedikit kekuatan DIA utk sy..supaya sy dan kawan2 sy tabah menghadapi hidup ni.supaya saya dan dia dapat improve kan semula pointer2 kami. semoga DIA memberi bantuan dalam kejayaan pelajaran dan bisnes saye. dan paling penting, supaya dalam saye mengejar kedua2 matlamat ni, saya tidak pernah lupakan DIA. dan semoga dalam perpisahan ini, membawa keredhaan dan seribu rahmat dalam hubungan kami kelak. dan semoga, saye menjadi seorang yang lebih kuat!! hard core mcm sir mzan selalu ckp dulu.dan belajar utk berdikari.huhu


tak boleh tipu.sedih. T_T
mcm la nak berpisah selama2nya.huu~


aik2. hard core ina!! doa banyak2. jgn su'uzzon dengan DIA
senyum~^_^


doa belajar~~amin.

“Ya Allah, sesungguhnya aku menitipkan pada-Mu apa yang telah Engkau ajarkan kepadaku, maka kembalikanlah padaku saat aku membutuh¬kannya dan janganlah Engkau jadikan aku lupa padanya, wahai Tuhan semesta alam.”




takde tajuk boleh?


Assalamualaikum. 

tade idea nak letak tajuk.hehe

percaya atau tidak, aku cuma tido dua jam je tadi. 
habis entry semalam dalam 4:40 a.m., tacap sane sini, dalam pukul 5:15 jugak kowt baru logout. pastu nak tido tak boleh pulak.batuk2 tahap gaban.pastu g pulak minum ubat batuk. padahal sebelum tu pergi minum nescafe ayah buatkan.memang ting tong la otak aku dpt penangan nescafe plus ubat batuk serentak.berlawan2 rasa mengantuk tapi tak boleh tido.dahsyat.haha

but overall, my day begins mcm biasa la.wlwpun mengantok, tapi ak boleh tido, what to do kan.

tambah2 pulak aku tengah berangan2 nak ade domain n hosting sendiri.fuh~memang otak aku tengah bergerak je sekarang nak melabur duit neh.lagi lah tak boleh nak tido.hehe

oh.bercakap tentang duit, my f1 shake dah habis. tengah tunggu daripada kawan drpd johor bawak balik stock ke usim.alhadulillah banyak jugak terjual.tahniah dapat jd supervisor dah wan. saat kitorang bakal menysul.hehe. harap2 dpt cepat my shake.dan mama punye pun habis.nenek punya pun.u r wanted wan!! 

dan bila bercakap tentang herbalife nie, teringat pulak pada anak buah2 aku. macam mane lah diet korang ye.especially time2 raya ni, serius aku risau.lepas naik sem ni, siap lah korang semua.haha.*nasib baik amie x start program lagi*

ok la.tu je entry yang ni.

p/s: just nak korang tau, pasal minum2 air yang aku selalu ckp tu, ade banyak benda aku nak cerita lagi sebenarnya. clue: minum air tu bagus sangat, tapi kalu terlebih2, ape kesannya?? ade tau kesannye.nak tau? later kite discuss tentang ni.not today~^_^
need a coach to lose ur weight?? 
contact me @ 0132479773/0163709773 
ina zarina^_^

saya sayang kawan saya



Assalamualaikum

dah pukul 2.45 pagi dah.aku mengatuk sgt2. tapi unfortunately, my little bro is sleeping on my bed and i have no idea where should i lie down.=.=

so, jom kite menaip je ye.tahan mata

*****************************************************************

tiga2 ni ialah orang2 yang kita mungkin kenal.tapi tak semua boleh kenalan kite boleh jadi kawan:


Stranger: org kite pernah nampak muka, tapi tak tahu nama.jumpe kdg2 je.

Acquaintance: orang yang kite kenal, tapi tak rapat.sekadar pernah jumpa, atau kenal, but not close.

Friend: they may be ur close friend/best friend/true friend.depends.
Close Friend: kawan rapat.ape2 kite buat sama2, tapi tak semua boleh masuk.bawah best friend.
Best Friend: yang ni rasa heaven.susah nak terangkan.sgt susah nak cari.basically, best friend terima kite seadanya. always there for us.dia lah kawan, dialah keluarga, dialah doctor yang rawat hati kite, dia lah Rescue 911 if anyting bad happen kat kite.dan best friend ni special.

*friends got a MUTUAL relationship called FRIENDSHIP*

maybe kite terlalu mudah nak letakkan pangkat "friends" kat semua orang yang kite kenal.lelaki ke, perempuan ke, same je.aku pun. but i was wrong. friends are those who have the potential to become ur "true friend". walaupun tak semua boleh jadi sahabat sejati, tapi sekurang2nya kite cuba kan. itulah kawan. tapi kalau bertegur depan2, tapi kutuk belakang2, they are not friends.



aku akan berkawan dengan sape2 je yang rasa nak kawan dengan aku, dan perlukan aku. 
dan biasanya, apa yang jadi dihujung2, is either me or my friends get hurt. ouch.sakit taw! hihi.

yeah. it hurts so much.dislike this feeling.esp bila kite rasa,dia best friend/close friend ke, tibe2 jadi enemy lah pulak.kan2?

after dah jadi macam tu, mula lah ade fikiran jahat sikit. tak best lah kawan dengan dia-dia-dan-dia nie..buat sakit hati je.rasa mcm beng je lah dgn dia-dia-dan-dia nie.ape masalah mereka nie dengan aku nie???yeah.perasaan + hasutan syaitoirrajim.ngehehe

mase2 terluang dengan kawan baru i.e. syaitonrrajim ni la yg buat kite lupa saat2 indah dengan si kawan tu. lupa dah benda2 baik yg dia-dia-dan-dia pernah buat kat kite.kesian insan bernama kawan kan?

tapi sekarang aku lebih menghargai ape yang aku ade. kawan2 perempuan aku la paling sempoi.haha. aku harap sem baru ni akan jd lebih bermakna untuk kite semua.nak peluk.hihi *kelip mata laju2 sambil senyum kambing.haha*


oh.lagi satu. aku suka kawan dengan lelaki yang aku takde perasaan jiwang2 dengan mereka.macam gile2 otak aku jdnye.tapi ni dulu.sekarang aku tak suke sgt. sebab aku rasa, most of the guys are merely my acquaintances sebenarnye. memburukkan lagi situasi je.hehe.

bila kau jatuh, dy lagi menjatuh2kan kau, aku tak pangil friends. tp bkan lah enemy. cuma kenalan yang aku taknak rasa ter-efek dgn perbuatan mereka yang no-need-to-be-mentioned tu. so i prefer jauhkan diri drpd lelaki yg macam tu.serius sakit jiwa nanti.

tapi alhamdulillah, masih wujud kawan2 lelaki yang selalu ade utk aku, sama mcm kawan perempuan aku.actually, aku terhaghu gile tau tadi kawan jauh aku luah perasaan kat aku.eh.i mean share problems.haha. rasa sgt dihargai sebagai seorang sahabat. padahal asal2nye, dy ni kawan kepada kawan aku.dengan orang2 macam ni, kalau aku terasa, aku cakap je, woi, terasalah.lepastu gelak2.haha.happy sgt2 tanpa simpan ape2 dlm hati wlwpun i meant it, terasa.hahaha.


u know, bila kawan kite share something yang tersimpan jauh dalam sudut hati tu, yang dengar ni rasa macam termasuk dalam hati kawan yg bercerita tu.walaupun pening2 lalat jugak lah.haha.efeknye, kita akan rasa lebih selesa dan senang dengan kehadiran mereka2 yg mcm ni. 

well, tak semua lelaki annoyying yea perempuan2 sekalian.haha. tapi ego lelaki memang susah la nak buang, sama macam kite perempuan susah nak buang ego sendiri.just accept each other's behaviour. kalu kite memang berkawan dlm erti kata sebenar, insyaAllah xd masalah ego rasanye.tapi dgn lelaki yg bukan kawan tu, rasa teruji sikit la.but just ignore them.hehe.

dan tak lupa jugak la utk bakal suami aku.kakakakaka (sempat berangan)
although tak perfect pada mata org lain, tp perfect utk aku.cukup.aku sorang je boleh define "perfect" tu to what extend. dia sorang lah yang boleh buat aku marah, dan dia sorang jugak lah yang akan sejukkan balik hati aku. tu la yang kite panggil, Best friend. insyaAllah satu hari nt.ceyh. aku sgt2 harap wo yang part nie.nak nanges buleh.*tibe2 gedix* 

hahaha

oke.kembali serius.
ehem.
entry ni buat aku rasa bersyukur sgt, aku ade ramai kawan rupanya. jgn la pessimist sgt rasa takde kawan ina ooi.ish2.hargailah teman yang kite ade.org kata, kite ditentukan oleh kawan. tapi sebenarnye, kite juga menentukan siapa kawan kite. kalu kite fikir positif tentang kawan, maka positif lah impak nye. dan vice versa.

dan khas utk kawan2 usim, selamat masuk sem baru setelah cuti 4 bulan.dan semoga persahabatan kite lebih erat.amin. ^_^ 



p/s: ade jugak jenis sahabat.punye lah sahabat sejati ter-lebih sgt lah pulak. 
bila kawan dy gaduh dgn kawan org lain, terlebih2 backup kawan dy sampai menjahanamkan   kawan orang lain.tak baik tau macam tu.tanak jd mcm ni tau.tak besshhh cmni >.<


p/s p/s: kawan ade macam2 rupa, macam2 kerenahnya, tapi merekalah yg mewarnai hidup kite.love them as u love urself. ciri org beriman nabi kate.






ina zarina
^_^
alamk.dah pukul 4:46 pagi dah la.huhu.nantok.nanyte.salam