Pesanan Umamah Al-Harith Buat Sang Puteri

Wahai puteriku..
Sesungguhnya, jika nasihat ini kutinggalkan kerana keutamaan adab, tentu ia akan kutinggalkan hanya bagimu sahaja.

Tetapi, ini adalah pertolongan bagi orang yang lalai
dan pertolongan bagi orang yang berakal

Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana kekayaan orang tuanya
dan kerana kecintaan kedua orang tuanya kepada dirinya,
maka akulah orang yang paling tidak memerlukan suami.

Tetapi, 
wanita itu diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk wanita

Wahai puteriku..
Engkau akan berpisah dengan rumah yang pernah bersatu denganmu dan meninggalkan tempat yang pernah membesarkanmu, menuju ke tempat yang belum engkau kenali dan pendamping yang belum pernah dekat denganmu.

Dengan kekuasaanya, dia akan menjadi pengawas dirimu dan orang yang akan menguasaimu.

Maka, jadilah diri sebagai abdinya, 
nescaya dia akan menjadi hamba yang patuh bagimu.

Jagalah sepuluh perkara, necaya akan menjadi simpanan bagimu, iaitu...


Pertama dan kedua ~ Tunduk kepadanya dengan penuh kerelaan, mendengar dan taat kepadanya dengan cara yang baik.

Ketiga dan keempat~ Memerhatikan sasaran mata dan hidungnya. Jangan sampai matanya melihat sesuatu yang buruk pada dirimu dan janganlah sampai dia mencium bau yang kurang enak dari dirimu.

Kelima dan keenam ~ Memerhatikan waktu tidur dan makannya kerana rasa lapar itu boleh membara dan rasa mengantuk itu boleh membakar sifat amarah.

Ketujuh dan kelapan ~ Menjaga hartanya,mengambil berat kerabat dan saudara-saudaranya. Kemampuan menjaga harta adalah mengukurnya dengan cara yang baik dan kemampuan menjaga saudara adalah dengan mengurus dengan cara yang baik.

Kesembilan dan kesepuluh ~ Janganlah ingkar perintahnya dan jangan membocorkan rahsianya. Sebab jika engkau ingkar perintahnya beerti engkau telah membakar dadanya dan jika engkau membocorkan rahsianya engkau tidak akan aman dari pengkhianatannya. Kemudian janganlah engkau menunjukkan kegembiraan di hadapannya ketika ia bersedih dan sebaliknya janganlah engkau menunjukkan kesedihan kepadanya jika dia dalam keadaan gembira.



================================================================================


11 Feb 2012~a special day.

alhamdulillah :)

dua orang sahabat telah pun sah bergelar isteri semalam. "isteri". mahal title anda tu. tahniah! :)

sorang, kawan kat uni. sama kos- kak pija. dan lagi sorang, kawan sekolah rendah, missing in action masa sekolah menegah, dan jumpa balik kat uni, cuma lain kos, medic-azhani. 

since wedding kak pija nun jauh di sana (Kedah), tak dapek la eden nak poie. hanya dapat menghantar sms panjang berjela kepada kak pija pada pukul 3 pagi.haha. 

but i went to azhani's wedding.dekat je. hmm..expecting to meet my school friends, but instead, i met usim friends more-lah pulak. inter alia: hai zaty idris! :P the wedding was cool. sejuk je wedding tu. ade doa2. takde lagu2 karaoke + suara tak sedap tetamu yg memeningkan kepala.alhamdulillah. 

nasib baik pergi wedding ni.boleh jumpa kawan2 lama yang teramat lah lama tak jumpa. :)

jannah, intan, ina, adila
intan n adila dah final year degree tahun ni. jeles :'(

aku dulu satu kelas sekolah kebangsaan dengan azhani. kitorang 1 kelas memang sangat2 rapat. lelaki perempuan rapat mcm adik beradik. belajar memang kecoh satu kelas. time main lagi la sangat kecoh. memang seronok zaman budak2 kan.hehe. masa sekolah rendah, kitorang panggil azhani ni, kak ani. sebab dia kira kaklong la kalu dalam kelas. paling tua dalam kelas. see, dia kawen dulu. jodoh sampai dulu. memang kak long betul lah! hihi. 

mereka sangat comel dan sweet.barakallahulakuma :)
owh. pengapit perempuan tu pun cantik!
perkenalkan, lagi sorang member sekolah rendah. fatin nabila azmi :) 

tahniah lagi sekali buat pengantin-pengantin- azhani & pasangan dan kak pija & pasangan. semoga Allah berkati perkahwinan anda semua. pesanan Umamah Al-Harith sebagai ganti hadiah korang ^_^






p/s: who'll be next?? :)


0 comments: