RESULT SPM

Assalamualaikum


Semalam rasa macam keluar result SPM
korang rasa x??haha. Satu batch kecoh-kecoh result masing2
Yelah, tak dinafikan, law students nak dapat result gempak, memang agak pelik yea. law students nak dapat result teruk gila2 pun pelik jugak sebenarnya. Kalau so-so, tak berapa nak pelik la.


Result aku?10A1 lah~haha
ehem2.
no need to be mentioned lah kot.tapi alhamdulillah la.sangat bersyukur.
melompat jauh daripada result sem lepas. 
"Prof Samat's List" yang aku idam-idam kan pun alhamdulillah la tercapai.


Mulai sem ni, sistem pemarkahan FSU dah mula berubah dah.
Kalau dulu, final paper 60markah je
Sekarang dah 100 markah.
Masa masih sama. Kalau paper Law..3jam jugak untuk soalan berderet2.


Semasa exam berlangsung, boleh dikatakan semua mengeluh,
tak cukup masa lah..soalan melampau-lampau lah..itu lah..ini lah..
Senang cerita, boleh dikatakan, seolah2 sistem pemarkahan 100% sangat tak logik untuk di implimentasi


Tapi bila result semua dah gempak2, tup! senyap semua..hahaha
Tu lah kita ni manusia, bila susah, menyalahkan orang lain. bila dimudahkan, baru lah mula berterima kasih, mengangkat semua orang sekeliling. Baru mampu bersyukur dan menadah tangan ke langit..iye dok??(termasuk insan yang sedang menaip ni)


SUDAH MAMPU TERSENYUM


Untuk batch aku, aku tak pasti apa sebenarnya yang membuatkan result kami menjadi "kejutan" begini.
Adakah kerana sistem pemarkahan100% sangat membantu, ataukah dek kerana lecturer2 yang baik hati membantu bagi markah?


Aku terfikir, what if, sem depan lecturer sangat demand 100% untuk isi yang sangat padat?
Contoh: 1 soalan-20markah..1 point, just dapat 1 or 1/2 markah (bak kata mdm intan, isi mestilah setimpal dengan markah.terlebih quality yea namanya)
maka isi kita mesti kena berlambak2 daripada kebiasaan yang memang dah berlambak. untuk 3 jam?faham je lah undang-undang.tak mungkin 1 page kan?


or
1soalan besar-20 markah..pastu banyak pulak soalan kecik2. soalan kecik2 tu pulak cerita pasal benda yang sama.establish elements?(sir afifi ada buat ni, nasib baik sekali je)
Ini membazir masa namanya. apa agaknya akan terjadi kat result kita sem depan ye?


dan pelbagai possibalities yang lain lah
*if im not mistaken, budak 1st year ramai dapat C paper Ms Fadd tau! cuba korang fikir, apa faktornya???hurm*


Jadi, janganlah terlalu gembira

Lagi satu masalah aku ni, memang susah nak gembira benda2 macam ni
Kalau aku bercerita, nanti rasa seolah2 berbangga dengan result yang tak seberapa ni
Pastu, confirm turun sem depan. Macam ade sumpahan pulak aku ni.hahaha


Kepada yang di luar sana, takde masalah pun. Seronok tengok korang semua bergembira. Pada aku, dah jadi macam motivasi diri pon ade. Semua dah semangat nak bukak sem baru.hihi.BTW, congratez kat korang semua~


Tapi jangan di lupa, masih ada yang terluka. Sensativiti mereka juga perlu di jaga. ^_^
Kalau kita TERlalu gembira, tapi menDOWNkan mereka, apa gunanya.
Jadi, cukuplah kita bergembira semalam, hari ini, apa kata kita mula melihat ke hadapan..masih banyak ranjau dan rintangan.(ceh ayat. this is really not me.haha)






INA ZARINA
=)

4 comments:

Saya Sarah said...

salam ina, dpt brp spm?ops...sem 4?heee
10 A1?

>>>>sarahni>>>

Adam Idris said...

Tahniah dpt Prof Samat's List, DL ke tu? hehe

ina zarina said...

sarah: ader la~tak sehebat sarah lah yg pasti.^_^

ina zarina said...

adam idris: TQ2~aah la..Prof Samat adalah Dean kesayangan fakulti undang2 di USIM..wee~^_^