Bulan di atas Kaabah??

Kaabah.1950's


Pagi2 lagi dah dapat sms darpada seorang sahabat.lebih kurang mcm ni lah (tapi ai dapat bahasa omputih okay.hee):


"Daripada Dato' Mazlan astrology.. Malam ni di Mekah jam 3.25 am, bulan akan mengelilngi Kaabah..dan langit akan bertukar menjadi biru (terang). Dan masa inilah saat doa kita dimakbulkan.. Bendaini terjadi selepas 10 juta tahun.. Sila sebarkan perkara ini kepada kawan2..Mekah 3.25 am. Singapore, M'sai 8.25 am"

Bila dapat sms ni, haruslah terkejut. betul ke tak nie? utk kepastian, macam biasalah. sebagai seorang researcher TEGARRR, kite research lah di google. cari berita tentag hal ini.


what i found?


1. Sms tu palsu.


2. dalam Metro, Mufti Perlis, Dato' Juanda Jaya kata:
“Tiada istilah di dalam al-Quran bahawa apabila bulan berada tepat di atas Kaabah, (maka) segala doa kita dimakbulkan, malah khidmat pesanan ringkas (SMS) berangkai seperti Dajal sudah muncul dan sebagainya boleh memesongkan akidah,” 
“Di dalam al-Quran dan hadis, perkara sebegini langsung tidak disebut dan waktu paling mustajab berdoa sudah diberitahu contohnya selepas solat, ketika sujud, sewaktu wukuf di Arafah dan sepanjang Ramadan. 
“Keadaan seperti bulan di atas Kaabah dan pintu Kaabah dibuka tidak pernah disebut di dalam al-Quran dan ia boleh memesongkan akidah umat Islam sekiranya terlalu mempercayainya, sedangkan waktu mustajab doa seseorang itu adalah sepanjang masa,” 


3. sape Dato' Mazlan? 
kata si dia ni, kalau Dato' Mazlan yang di maksudkan dlm sms tu ialah Pengarah Agensi Angkasa Negara, Dato' tu bukannya ahli astology. tapi astofizik. jd, again, it is a rumours.


4. kenyataan daripada Planetarium negara pun kata mereka tak hantar sms tu. 
Tuan/Puan:
Salam sejahtera.
Hari ini pihak Planetarium Negara telah menerima banyak panggilan tentang sms yang orang awam terima. Sms adalah seperti berikut: 
Daripada Dato Mazlan astrology .. Malam ni di Mekkah jam 3.25 a.m (pagi) , bulan akan mengelilingi Kaabah .. dan langit akan bertukar menjadi biru cair (terang jadinya) . Dan masa inilah saat saatnya doa kita dimakbulkan .. Benda ini terjadi selepas 10 juta tahun .. Sila sebarkan perkara ini kepada kawan kawan .. Mekkah 3.25 pagi , Singapore , Malaysia 8.25 pagi (Sabtu Pagi) .. 
Berdasarkan Peta Bintang di Mekkah pada 20 Ogos 2011 jam 3:25 am (seperti attachment). Didapati kita berpeluang melihat 67.88% Bulan di langit (Bulan terbit pada jam 22:43 pm di timur dan terbenam pada 11:21am di barat). 
Bulan berdekatan dengan planet Musytari (Musytari terbit pada 22:43 pm dan terbenam pada 11:25 am). Dan tiada fenomena astronomi yang berlaku pada waktu tersebut. 
*Waktu mengikut waktu di Mekkah
Sekian dimaklumkan. 
Terima kasih. 
Chen ChenPegawai SainsPlanetarium Negara,Agensi Angkasa Negara

5. dan boleh nak bace sini jugak https://www.facebook.com/angkasa.malaysia

ok.tipu rupanya sms tu. jadi, janganlah kita mudah terpedaya dengan sms berantai. ditakuti akidah kita akan terpesong. 


Tapi, sekadar pendapat peribadi, tidak ada salahnya kalau pun kita beramal. 


buat solat dhuha dan berdoa seperti yang dinasihatkan. bukan kerana bulan hampir dengan kaabah kita beramal, tetapi sememangnya Tuhan itu dekat. tidak kiralah matahari ke, planet pluto dekat ke, awan cecah tanah ke, pokok tunduk ke.tidak kesah la apa2 rumours yang kite terima.bukan itu yang menjadi ukuran. Sesungguhnya, Allah itu hampir dengan diri hamba-hambaNya.


lagi2 pulak sekarang kita berada di dalam Bula Ramadhan. semua orang memburu Lailatul Qadr. sekurang2nya, dapat kita tambah amalan kita yang sememangnya kurang ni. Jadi, sms itu palsu atau tidak, bukan isu pada kita sepatutnya. beramal, hanya kerana Dia. bukan fenomena. 




Sekadar nak share hadis ni. ramai yang tahu, tapi lupa yang ini ialah Hadis Qudsi kan. Lafaz Nabi, Maknanya daripada Allah. 


Bekata Anas dan Abu Hurairah r.a., bahawasanya Nabi s.a.w. teah bersabda, Allah telah berfirman:


إذا قرب إليّ العبد شبراً، تقربت إليه ذراعاً، وإذا تقرب إليّ ذراعاً، تقربت منه باعاً، وإذا أتى إليّ مشياً، أتيته هروَاةً

"Jika seseorang hambaku bertaqarrubkepadaKu sejengkal, Aku taqarrub padanya sehasta. Dan jika dia bertaqarrub kepadaKu sehasta, Aku taqarrub kepadanya sedepa. Dan jika datang kepadaKu berjalan, Aku datang kepadanya berlari" (Riwayat Bukhari dan Thabari)


Beruntungkan bernafas sebagai seorang Muslim?Indah~
^_^
ina zarina




p/s: aku tetap berterima kasih kepada sahabat yang forward sms tu kat aku. sorry beb. kredit ak rm0.00 sekarang. xdpt nak ucap tq.hehe.ehm. aku ABC. tapi aku tengok mak aku merah2 matanya kerana bermunajat di pagi hari. sebak aku rasa. bukan kerana bulan, tetapi Allah itu sememangnya dekat. mustajab du'a itu tak kira masa, bergantung pada hati hamba.kan?

0 comments: