Hari ini nak..



Rabu: 24hb. Julai 2012
Hari ini, aku nak..


Keluar jalan-jalan
Pergi ke tempat baru
Meninjau suasana baru
Tambah pengalaman baru
Bernafas dengan cara yang baru (?)


Nak keluar! 







Baiti Jannati



Assalamualaikum,


Masuk hari ini, sudah 13 hari aku menetap di kediaman sementara aku, di Jati Park, sejak hari pertama aku menjalani Latihan Industri. 


Rumah ni selang beberapa rumah je daripada rumah sewa lama aku, sebelum aku berpindah masuk ke Asrama on my 2nd year.


First day aku masuk, aku rasa..Terkejut, Terpana, Terpukau, Impressed. Bersih giler. Every part of the house, memang betul2 bersih. Langsir cun, xd la rupa rumah sewa student. Ini sudah bagus. SUKE!  


Masuk maghrib, aku terkejut lagi. Seluruh ahli rumah menuju ke bilik no 1, untuk berjemaah. huisyh. hebat. dulu di rumah sewa lama pun pernah buat macam ni, tapi sementara je tahan.hihi. tapi mungkin selepas aku keluar, diorang ada start jemaah balik, mungkin. tak pasti.


Selepas solat je, terus membaca maksurat. oke. teringat zaman2 sekolah. Amalan yang bukan lagi amalan. astaghfirullah


And what I like the most dalam rumah ni ialah biah nya. sejuk. So far, ada 10 ahli rumah tu, exclude aku yang menumpang ni. Alhamdulillah, aku dapat jumpa dan bersama kesemua mereka, sebab mereka pun ada aktiviti masa cuti semester ni. Hubungan antara mereka sangat baik. I mean, the way the talk to each other, the way the make jokes. semua seronok. lembut, menjaga hati, tapi still ting tong jugak otaknya. hehe. takdelah skema semacam aje, kan? 








note that they are younger than me. aku lah yang paling KAKAK sekali dlm rumah ni**








Jujur aku cakap, diorang antara insan yang terbaik la aku pernah jumpa dan aku suka. Ramai yang nampak baik, tapi menyakitkan hati, kan? Ahli-ahli rumah 118 ni "cantik" luar dalam. itu je lah yang mampu aku ungkapkan. This is a real "Baiti Jannati". serious.




















p/s: Aku rasa ayat aku semakin skema di blog ini.
bye!























Menyayat hati

Assalamualaikum

Hari ini, tanpa dirancang, merupakan hari yang menyayat hati bagi aku.
Satu persatu perkara yang meruntun hati berlaku hari ini.

1. Bermula dengan pertembungan dengan kereta polis yang me-leading Bas dari Jabatan Penjara.
Bila atas motor, sempat jugak lah aku curi-curi tengok banduan di dalam bas.
Muka sangat baik, bersih dan innocent.
I wonder what wrong did they commit samai boleh jd banduan?hurm.
Lebih menyayat hati bila mengenangkan adik2 kita, saudara mara kita, bakal keturunan kita,
moga dijauhkan dari perkara-perkara macam tu.
Yelah, banyak je kes bila kita selidik cerita sebenar, bukannya salah mereka. kadang2 mereka teraniaya. Ada juga baik orangnya, tapi dek kerana sikap panas baran dan emosi yang tidak stabil secara kritikalnya, a crime was committed, with or without intention. hai. sebak. Situasi tu sangat mendistractkan aku sepanjang perjalanan atas moto. yeah, terhuyung-hayang jugak aku sebab banyak berfikir n berangan

macam mana lak aku nak jadi Pendakwa Raya ni. Smati memanjang.

2. Kesedihan seterusnya berlanjutan apabila aku bertemu dengan seorang Hamba Allah ni. sahabat baik giler2 lah ni. Hari2 tengok muka dia. yang ni, baik jangan cerita kot. Perasaan yang lebih tepat maybe..FEELINGLESS. Part ni kita biar tergantung ye ceritanya...yang penting, dia telah mengutamakan kawan kawan sekolah dia. yelah, aku sorang je yang takde BEST FRIEND kan..

3. Bahagian ketiga untuk cerita aku hari ini lah yang paling menyayat hati bagi aku, so far. This sadness starts from happiness. Betul.

Dalam bulan ni, ada 2 pasangan batch KI aku berkahwin. revious entry aku ada mention tentang ni.
Aku bercadang untuk join. Seriously nak join, walaupun aku sedang praktikal. Antara dua asangan ni, I wish nak pergi kenduri dormate aku, Izzati. Cadangnya ke kenduri belah suaminya, ok lah kan, area dekat Shah Alam or Bangi or something, dekat sikit berbanding Zati, di Perak. But unfortunately, aku zero knowledge tentang ceremony kat belah suami dia. Tahu belah zati je. Tapi tak mengapa, aku anggap takde rezeki jelah. Pengantin mestilah tengah bizi uruskan majlis sebulan dua before kan. Jadi, tiada masalah part ni. Alhamdulillah, dapat jugak lah tengok gambar2 Zati n Afifi, dan lagi seronok tengok kawan2 lain. Serious macam reunion. Gembira sangat, tai sedih sikit sebab rindu gilersemua. hu3.

Sedang dalam situasi "Demam Member2 berlumba-lumba KISAS kawen", aku diserang "heart disease" apabila melihat seorang member who used to say that she/he was my best friend, merancang ke perkahwinan member kitorang yang satu lagi. Aku tak perasan sebenarnya post ajak konvoi ke pangor(kalau tak silap). salah aku jugak la tak perasan. It's okay je x join. Again, takde rezeki. Allah tak bagi pergi lah tu. Tu yang Dia takdirkan untuk "tidak perasan"

But..Apa yang meruntun hati aku sangat2 ialah bila dengan semangatnya sesorang itu merancang, dan aku, boleh ditinggalkan begitu sahaja?? aku tak terasa dengan semua yang merancang. Tapi hanya seorang. Seorang yang aku PRIVATELY message dia thru henset, including PM inbox FB dia, (untuk ajak ke wedding Zati masa tu n dy tolak), n now, bila dia merancang/ membantu org lain merancang ke perkahwinan member yang satu lagi, dia boleh lupa aku, yang secara lahiriahnya, di depan mata dia je (berbanding dengan budak2 lain). yeah, ini lah yang dipanggil, DEKAT tapi JAUH. good!

Aku bukan minta untuk dilayan bak seorang puteri, tapi aku cuma minta "treat me the way I treat you". Have I ever treat you like #%$*#??!! (aku tak mencarut okeh. Aku tumbuk kang! hihi. quote Johan Karoot Komedia)      

Serious aku terasa. Dah lama aku tak terasa bagai nak rak dengan membe. Abandon giler. Lebih abandon daripada treatment kepada Muslimin. Oh wait, that one "is" Best Friend. I "was". What an unfair life. Haila~

But deep in my heart, ada Iman lagi untuk memujuk diri. Allah yang menentukan segala2nya. Pasti ada hkmah..Pasti ada hikmah..disebalik kegembiraan, di sebalik kesedihan, di sebalik kebencian, di sebalik persahabatan, di sebalik perhubungan, di sebalik semua yang berlaku, anything..HAVE FAITH. bukan orang lain yang aku kene ubah, tapi diri aku sendiri. (T.T)

Apa2 pun, DEMAM kawen2 ni tak habis lagi. To Zati, KP Dorm F01, dan juga member yang satu lagi, Norazah, moga korang bahagia hingga akhir hayat. Dan yang paling penting, kita doakan Allah sentiasa mencurahkan Rahmat n Inayah atas perkahwinan korang, dan moga menjadi baitul muslim yang diberkatiNya :) Im happy for u0lz,u0lz. Nanti I kawen lagi 8 tahun datang la reramai jugek yeee..


(upgrade from 7 to 8 years) HAHAHA






p/s:
Satu-satu pergi.
Setiap yang kita ada, pasti meninggalkan kita
Tak hari ni, esok. tak esok, lusa..
Apalah sangat tiada yang mengasihi, tiada yang mengerti, tiada yang menyedari kehadiran kita
Andai sudah ada DIA.

Layang-layang


Assalamualikum.

It has been like months aku tak bukak profile orang lain di FB. Tujuan? easy and simple. menjauhi perasaan yang tidak patut aku rasa. marah. bengang. happy lebih-lebih yang akhirnya bertukar menjadi cemburu. owh, yes. semua ni aku pernah rasa. syok sendiri, bukan? HAHA. but not all the feelings are negative, though. 

Hari ini, oleh kerana kebosanan yang melampau akibat.."kesunyian"..mungkin..maka, aku bukak lah jugak FB dan browsing thru others' pages on FB.


FIRST:
Group ALKIS siswa USIM.
Beberapa bulan yang lalu, student kisas buat lawatan ke USIM dan kami semua di jemput untuk meraikan guru2 yang datang jauh2 ke sini. Tapi ada syarat baek punya. "SILA JANGAN PAKAI PAKAIAN YANG TIDAK MELAMBANGKAN ANDA PELAJAR KISAS"

ouch! pedih :)

SECOND:
Message from ex dorm-mates aku masa kat KISAS. F-01. yep. Litar sepang F1.
biasalah bila buka FB yang melibatkan kawan2 lama, especially kat KISAS, perkataan paling common akan jumpa is "RINDU". al-maklumlah, mostly mereka nun jauh di perantauan. aku kat Mesia je. ceh, sedih ke? tak lah. Im going to be there nanti, insyaAllah. 

tapi, bukan RINDU isunya. tetapi perkahwinan. okeh. kawan aku nak kawen. aku pun carik2, dengan sapa pulak dia ni. aku terus bukak profile dia.Oh. okeh, dengan anak duta Mesir. eh, tapi ni tak penting. lagi penting..dengan budak KISAS jugak. hihi. teringat aku tazkirah Ustzah Aina masa aku Form 5. pasal suami isteri. pesanannya: "Carilah calon sama-sama ex-KISAS.senang" HAHA! tidak mungkin berlaku untuk aku. Bukan sekolah kayu ukurnya, tetapi agama. Tapi alhamdulillah, bakal suami kawan aku ni memang soleh orangnya. iyelah, kawan aku tu pun, wanita "first class" lah orang kata. he.  

THIRD:
Kawan-kawan KISAS aku yang lain. 
tak perlu lah mention nama. tetapi pengajaran yang aku lihat, itu yang aku nak cerita. Melalui mereka-mereka ini, ada beberapa kesimpulan yang aku dapat simpulkan. Ada beberapa klasifikasi rakan-rakan sekolej yang dapat aku bahagikan:


1. Seorang yang tidak pernah berubah. Dari sekolah sampai sekarang, masih dengan personalitinya yang warak, baik. kami panggil: MENJAGA. 


2. Seorang yang zahirnya tidak pernah berubah. Gila-gila. Tudung biasa-biasa sahaja. Tetapi menemui cahaya iman dari hati, terus ke dalam hati. Hatinya berubah. Aku bangga dengan kawan2 aku yang mcm ni. aku panggil: BAGUSNYA. 


Dua persamaan mereka: hadiri usrah, jaga ukhwah dgn kawan-kawan. insyaAllah, terjagalah diri. Hidup dalam jemaah itu sememangnya lebih kuat daripada seorang. macam solat, kan?


Hampir lupa dengan semua ni :'(




3. Seorang yang memang dari dulu entah apa2. ni aku tak tahu nak panggil apa. TERUMBANG-AMBING? Tidak perlu lah mengata orang lain. aku lah antara yang masih berada di takuk ini. Or maybe worse than u ever know. Dari baik, menjadi yang lebih buruk. 


Mengambil pengajian agama, (civil law+ syariah= agama lah jugak sikit kan) langsung tidak menjamin seseorang itu hebat agama-nya.  hebat menunjuk2 agama, mungkin ada. bukti di depan mata. tapi tidak semua orang macam tu :) Melihat keadaan dua dunia yang berbeza antara aku n kawan2 aku, buat aku rasa nak ubah persepsi aku yang dulu. Dulu, aku fikir, untuk apa aku memohon ke luar negara, kalu aku langsung tidak minat kos tu? Aku minat law, baik ambil dalam negara,  tak perlu exam CLP, kan? oke yang ni nak tergelak. dalam negara pun tak buleh nak praktis, buat apa, kan??? HA. HA. HA. HA. (gelak geram tidak ikhlas) 


Jadi, kene lah start cita-cita baru, memandang masa depan dengan pandangan baru. Kahwin? Put that thing aside. Aku rasa agama aku ni macam layang-layang tersangkut kat atas pokok. (bukan layang-layang terputus talinya...hoo..hoohoowoo~~: LAGU MIRAWANA. haha) Maka, lupakan angan-angan hidup berdua. Damai itu, bukan terletak pada pasangan yang romatis, bagi bunga berkuntum2 setiap hari, sugar daddy yang kaya raya belanja Fast food hari ini. Btw, makan fastfood tak kaya okeyh. Makan fastfood orang malas! Damai itu pada diri kita sendiri. hubungan kita dengan Pencipta. Dari Pencipta lah datangnya Cinta. Setuju?? Ai pown. ahakz :p 


From now on, kene lah aku set kan kepala otak ni, macam dulu-dulu. kahwin 7 tahun selepas aku "pulih" sepenuhnya. kerana zuriat yang lahir, bakal mengikut tabiat dan perangai ibu dan bapanya 7 tahun selepas kelahiran. ni senior aku cakap dulu, masa aku Form 2. tak tahu lah mana sumbernya. tapi tak tahu kenapa aku memang percaya.haha. hentahhh~


post aku, mesti tak boleh lari daripada cerita pasal kahwin. kan? Jangan salah anggap. Entry ni, aku bercerita tentang selok belok kehidupan. Memang mcm tu pun. Sekolah-Masuk Uni-Pergi Oversea-Kerja-Kawin-Dapat anak..normal what? Plus, Mati. perkara yang paling pasti. :)


Melihat kawan-kawan aku yang mengejar kesempurnaan agama, rakan2 yang selalu ada beri peringatan, buat aku cemburu. Habuk pun tarak aku ni. T_T. Now I know kenapa aku "kesunyian".




















KESIMPULAN: Lusa exam Islamic Law of Tort, paper Dr Aunurrochim (Noktah)

















Pesanan Umamah Al-Harith Buat Sang Puteri

Wahai puteriku..
Sesungguhnya, jika nasihat ini kutinggalkan kerana keutamaan adab, tentu ia akan kutinggalkan hanya bagimu sahaja.

Tetapi, ini adalah pertolongan bagi orang yang lalai
dan pertolongan bagi orang yang berakal

Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana kekayaan orang tuanya
dan kerana kecintaan kedua orang tuanya kepada dirinya,
maka akulah orang yang paling tidak memerlukan suami.

Tetapi, 
wanita itu diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk wanita

Wahai puteriku..
Engkau akan berpisah dengan rumah yang pernah bersatu denganmu dan meninggalkan tempat yang pernah membesarkanmu, menuju ke tempat yang belum engkau kenali dan pendamping yang belum pernah dekat denganmu.

Dengan kekuasaanya, dia akan menjadi pengawas dirimu dan orang yang akan menguasaimu.

Maka, jadilah diri sebagai abdinya, 
nescaya dia akan menjadi hamba yang patuh bagimu.

Jagalah sepuluh perkara, necaya akan menjadi simpanan bagimu, iaitu...


Pertama dan kedua ~ Tunduk kepadanya dengan penuh kerelaan, mendengar dan taat kepadanya dengan cara yang baik.

Ketiga dan keempat~ Memerhatikan sasaran mata dan hidungnya. Jangan sampai matanya melihat sesuatu yang buruk pada dirimu dan janganlah sampai dia mencium bau yang kurang enak dari dirimu.

Kelima dan keenam ~ Memerhatikan waktu tidur dan makannya kerana rasa lapar itu boleh membara dan rasa mengantuk itu boleh membakar sifat amarah.

Ketujuh dan kelapan ~ Menjaga hartanya,mengambil berat kerabat dan saudara-saudaranya. Kemampuan menjaga harta adalah mengukurnya dengan cara yang baik dan kemampuan menjaga saudara adalah dengan mengurus dengan cara yang baik.

Kesembilan dan kesepuluh ~ Janganlah ingkar perintahnya dan jangan membocorkan rahsianya. Sebab jika engkau ingkar perintahnya beerti engkau telah membakar dadanya dan jika engkau membocorkan rahsianya engkau tidak akan aman dari pengkhianatannya. Kemudian janganlah engkau menunjukkan kegembiraan di hadapannya ketika ia bersedih dan sebaliknya janganlah engkau menunjukkan kesedihan kepadanya jika dia dalam keadaan gembira.



================================================================================


11 Feb 2012~a special day.

alhamdulillah :)

dua orang sahabat telah pun sah bergelar isteri semalam. "isteri". mahal title anda tu. tahniah! :)

sorang, kawan kat uni. sama kos- kak pija. dan lagi sorang, kawan sekolah rendah, missing in action masa sekolah menegah, dan jumpa balik kat uni, cuma lain kos, medic-azhani. 

since wedding kak pija nun jauh di sana (Kedah), tak dapek la eden nak poie. hanya dapat menghantar sms panjang berjela kepada kak pija pada pukul 3 pagi.haha. 

but i went to azhani's wedding.dekat je. hmm..expecting to meet my school friends, but instead, i met usim friends more-lah pulak. inter alia: hai zaty idris! :P the wedding was cool. sejuk je wedding tu. ade doa2. takde lagu2 karaoke + suara tak sedap tetamu yg memeningkan kepala.alhamdulillah. 

nasib baik pergi wedding ni.boleh jumpa kawan2 lama yang teramat lah lama tak jumpa. :)

jannah, intan, ina, adila
intan n adila dah final year degree tahun ni. jeles :'(

aku dulu satu kelas sekolah kebangsaan dengan azhani. kitorang 1 kelas memang sangat2 rapat. lelaki perempuan rapat mcm adik beradik. belajar memang kecoh satu kelas. time main lagi la sangat kecoh. memang seronok zaman budak2 kan.hehe. masa sekolah rendah, kitorang panggil azhani ni, kak ani. sebab dia kira kaklong la kalu dalam kelas. paling tua dalam kelas. see, dia kawen dulu. jodoh sampai dulu. memang kak long betul lah! hihi. 

mereka sangat comel dan sweet.barakallahulakuma :)
owh. pengapit perempuan tu pun cantik!
perkenalkan, lagi sorang member sekolah rendah. fatin nabila azmi :) 

tahniah lagi sekali buat pengantin-pengantin- azhani & pasangan dan kak pija & pasangan. semoga Allah berkati perkahwinan anda semua. pesanan Umamah Al-Harith sebagai ganti hadiah korang ^_^






p/s: who'll be next?? :)