Layang-layang


Assalamualikum.

It has been like months aku tak bukak profile orang lain di FB. Tujuan? easy and simple. menjauhi perasaan yang tidak patut aku rasa. marah. bengang. happy lebih-lebih yang akhirnya bertukar menjadi cemburu. owh, yes. semua ni aku pernah rasa. syok sendiri, bukan? HAHA. but not all the feelings are negative, though. 

Hari ini, oleh kerana kebosanan yang melampau akibat.."kesunyian"..mungkin..maka, aku bukak lah jugak FB dan browsing thru others' pages on FB.


FIRST:
Group ALKIS siswa USIM.
Beberapa bulan yang lalu, student kisas buat lawatan ke USIM dan kami semua di jemput untuk meraikan guru2 yang datang jauh2 ke sini. Tapi ada syarat baek punya. "SILA JANGAN PAKAI PAKAIAN YANG TIDAK MELAMBANGKAN ANDA PELAJAR KISAS"

ouch! pedih :)

SECOND:
Message from ex dorm-mates aku masa kat KISAS. F-01. yep. Litar sepang F1.
biasalah bila buka FB yang melibatkan kawan2 lama, especially kat KISAS, perkataan paling common akan jumpa is "RINDU". al-maklumlah, mostly mereka nun jauh di perantauan. aku kat Mesia je. ceh, sedih ke? tak lah. Im going to be there nanti, insyaAllah. 

tapi, bukan RINDU isunya. tetapi perkahwinan. okeh. kawan aku nak kawen. aku pun carik2, dengan sapa pulak dia ni. aku terus bukak profile dia.Oh. okeh, dengan anak duta Mesir. eh, tapi ni tak penting. lagi penting..dengan budak KISAS jugak. hihi. teringat aku tazkirah Ustzah Aina masa aku Form 5. pasal suami isteri. pesanannya: "Carilah calon sama-sama ex-KISAS.senang" HAHA! tidak mungkin berlaku untuk aku. Bukan sekolah kayu ukurnya, tetapi agama. Tapi alhamdulillah, bakal suami kawan aku ni memang soleh orangnya. iyelah, kawan aku tu pun, wanita "first class" lah orang kata. he.  

THIRD:
Kawan-kawan KISAS aku yang lain. 
tak perlu lah mention nama. tetapi pengajaran yang aku lihat, itu yang aku nak cerita. Melalui mereka-mereka ini, ada beberapa kesimpulan yang aku dapat simpulkan. Ada beberapa klasifikasi rakan-rakan sekolej yang dapat aku bahagikan:


1. Seorang yang tidak pernah berubah. Dari sekolah sampai sekarang, masih dengan personalitinya yang warak, baik. kami panggil: MENJAGA. 


2. Seorang yang zahirnya tidak pernah berubah. Gila-gila. Tudung biasa-biasa sahaja. Tetapi menemui cahaya iman dari hati, terus ke dalam hati. Hatinya berubah. Aku bangga dengan kawan2 aku yang mcm ni. aku panggil: BAGUSNYA. 


Dua persamaan mereka: hadiri usrah, jaga ukhwah dgn kawan-kawan. insyaAllah, terjagalah diri. Hidup dalam jemaah itu sememangnya lebih kuat daripada seorang. macam solat, kan?


Hampir lupa dengan semua ni :'(




3. Seorang yang memang dari dulu entah apa2. ni aku tak tahu nak panggil apa. TERUMBANG-AMBING? Tidak perlu lah mengata orang lain. aku lah antara yang masih berada di takuk ini. Or maybe worse than u ever know. Dari baik, menjadi yang lebih buruk. 


Mengambil pengajian agama, (civil law+ syariah= agama lah jugak sikit kan) langsung tidak menjamin seseorang itu hebat agama-nya.  hebat menunjuk2 agama, mungkin ada. bukti di depan mata. tapi tidak semua orang macam tu :) Melihat keadaan dua dunia yang berbeza antara aku n kawan2 aku, buat aku rasa nak ubah persepsi aku yang dulu. Dulu, aku fikir, untuk apa aku memohon ke luar negara, kalu aku langsung tidak minat kos tu? Aku minat law, baik ambil dalam negara,  tak perlu exam CLP, kan? oke yang ni nak tergelak. dalam negara pun tak buleh nak praktis, buat apa, kan??? HA. HA. HA. HA. (gelak geram tidak ikhlas) 


Jadi, kene lah start cita-cita baru, memandang masa depan dengan pandangan baru. Kahwin? Put that thing aside. Aku rasa agama aku ni macam layang-layang tersangkut kat atas pokok. (bukan layang-layang terputus talinya...hoo..hoohoowoo~~: LAGU MIRAWANA. haha) Maka, lupakan angan-angan hidup berdua. Damai itu, bukan terletak pada pasangan yang romatis, bagi bunga berkuntum2 setiap hari, sugar daddy yang kaya raya belanja Fast food hari ini. Btw, makan fastfood tak kaya okeyh. Makan fastfood orang malas! Damai itu pada diri kita sendiri. hubungan kita dengan Pencipta. Dari Pencipta lah datangnya Cinta. Setuju?? Ai pown. ahakz :p 


From now on, kene lah aku set kan kepala otak ni, macam dulu-dulu. kahwin 7 tahun selepas aku "pulih" sepenuhnya. kerana zuriat yang lahir, bakal mengikut tabiat dan perangai ibu dan bapanya 7 tahun selepas kelahiran. ni senior aku cakap dulu, masa aku Form 2. tak tahu lah mana sumbernya. tapi tak tahu kenapa aku memang percaya.haha. hentahhh~


post aku, mesti tak boleh lari daripada cerita pasal kahwin. kan? Jangan salah anggap. Entry ni, aku bercerita tentang selok belok kehidupan. Memang mcm tu pun. Sekolah-Masuk Uni-Pergi Oversea-Kerja-Kawin-Dapat anak..normal what? Plus, Mati. perkara yang paling pasti. :)


Melihat kawan-kawan aku yang mengejar kesempurnaan agama, rakan2 yang selalu ada beri peringatan, buat aku cemburu. Habuk pun tarak aku ni. T_T. Now I know kenapa aku "kesunyian".




















KESIMPULAN: Lusa exam Islamic Law of Tort, paper Dr Aunurrochim (Noktah)