Facebook-er







so true
lol :p




credit to : Mr. K

apa itu "lelaki"?



Ceyt. semalam kata tak sabar nak kawen. hari ni baru nak pikir, ape itu "lelaki"??haha
tolong jangan jawab, lelaki ni makhluk Tuhan la ape la..xnk2. sebab aku tak tanye "siapa itu "lelaki" yea.


aku takde lah fikir ape itu "lelaki" by heart and by hard sebenarnya. hanya terfikir. kalau perempuan nak sesuatu, mesti ade sebab.berjela2 sebab dan akibat seorang perempuan boleh bagi. tapi lelaki? camane yea? 




contoh paling senang la.adik aku.haha
adek aku pernah menangis sebab ade seorang perempuan kat sekolah dulu suka dia.tapi bila adik aku dilanda sindrom "hati terbuka" ni, aku memang terkejut la.


dia terpikat dekat seorang perempuan kat pahang nuh, tanpa sebab.sekali pandang je, he was like: she was born for me~dia terus aim budak tu. 


~no reason to explain how and why it happened~


perempuan selalu kalu terima lelaki, mesti berjela2 reason dia bagi kan.lelaki tu caring lah, itu lah, ini lah.takkan senang2 nak terima kan.hehe.so sebagai perempuan, aku memang pelik dengan lelaki seperti adik aku ni la kan. how come boleh main terdetik2 dalam hati sebelum jumpa nih.confident plak tuh.haha.


tapi sweet lah mereka berdua, tak pernah gaduh beb!! well.adik aku ni penyabar sikit orangnye berbanding kakak dia.hee


so aku pun ajukan persoalan aku kat membe lelaki aku. tau dia jawab ape??


dia kata:
entah.tak tahu. eh, jangan tnye lagi lah, tension.  


ni bukan sekadar takde sebab lagi dah. tapi dia terus blur.terus letak phone.hamboi~
takpe2. soalan {ape itu "lelaki"} me-nen-sion-kan seorang lelaki.oke.fine! SABAR ina~sabaaarrr..


so my question was left undefined, no answer was given. respond nye juga kurang baik yea.rasa nak disqualified je.hahaha.


jadi, ape itu "lelaki" masih belum terjawab nampaknye.


1.apa yang lelaki nak dalam hidup?
2.macam mana lelak merancang masa depan? ke xd perancangan, main belasah je.
3.perempuan bersedia utk memahami apa itu "perempuan", sebab tu perempuan akan cuba belajar memasak walau setinngi mane pon ego perempuan tu.lelaki pulak? bersedia macam mane ek? (persediaan iman dah wajib lah laki pempuan.jwpn lain??)
4.lelaki muda lebih banyak berdoa daripada berusaha yea??
5.dll.


macam2 la aku fikir.walau pun macam tak perlu, tapi perlu sebenarnya. satu hari nanti korang akan faham kenapa aku fikir macam ni.hihi.


ni aku terjumpe tulisan seorang lelaki kat google.sekadar share.xtw la betul ke x.hehe.



1.Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya.Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong. 
2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya.Jika tidak, dia kata kamu kekampungan. 
3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala.Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi. 
4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka.Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat. 
5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian.Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.
6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan.Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya.. 
7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh .Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat. 
8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai.Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa. 
9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam.Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukaruntuk dijaga hati. 
10. Jika kamu mengirimkan ini pada lelaki-lelaki, mereka pasti bersumpah semuaini tidak benar

semua kat atas ni betul utk lelaki2 yg wujud dalam hidup aku, family ke, kawan ke, more or less the same dengan kat atas2 ni.especially yang no 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10. =)


Jawapan saye: ye benarrr.lelaki itu rumit!! perempuan complicated je~muawahaha


hee.gurau je


p/s: lelaki marah tandanya dia tension + rimas. another fact i found.oo0o0ooo~
p/s p/s: membe aku yang bg jawapan entah tu, anda wajib jawab oke. aku tunggu~hahaha













Sabar



Assalamualaikum everybody


Dalam dua tiga hari ni, aku belajar untuk bersabar secara serius. walaupun takdelah 100% menjadi sebab aku kan degil jugak.hihi.


ehm.semuanya gara-gara dua buah buku yang aku jumpa ni. 1st: Kaifiyat Mempertajam Mata Hati Dalam Mengenal Allah. Tulisan Syeikh Ibnu 'Athaillah Al-Sukandari. Banyak syair2 dan kata2 nasihat drpd Syeikh ni tentang hidup, tentang hamba, tentang Islam. 2nd: Analisa dan Komentar Hadis Qudsi.daripada Syed Ahmad Semait. Ni Hadis Qudsi la.ape lagi kan.Dua-dua ni sangat best. sebab both are primary sources. not secondary.


Both of these books reminds me of being a good Slave of Him. 


Dalam kitab Hadis ni, mostly berkisarkan tentang dugaan hidup di dunia nie. pada aku, memang susah sangat hidup dalam dunia ni. sangat susah. tapi peringatan ni la yang mengetuk pintu hati aku, utk berubah. walaupun sikit. tapi aku nak jugak berubah. 


but unfortunately, terkantoi sikit hari ni.my stupid mistake lah kali ni. tape.cuba lagi oke ina.^_^ 


Tak sernok rasanya kalau aku sorang2 je yang dapat ilmu ni, why not aku kongsi perasaan ni dengan anda2 semua. dan yang paling penting, ia mengingatkan aku ni. insan yang empunya entry dan kitab ni ha.


Berkata Syadad bin Aus r.a., bahawasanya Nabi s.a.w. telah bersabda: Allah telah berfirman:

إذا ابتليت عبداً من عبادي مؤمناً، فحمدني وصبر على ما ابتليته، فإنه يقوم من مضجعه  ذلك كيوم ولدته أمه من الخطايا. ويقول الربّ للحفظه: إنّي قيّدت عبدي هذا وابتليته، فأجروا عليه ما كنتم تجرون له قبل ذلك من الأجر، وهو صحيح
Rawahu Ahmad dan Abu Ya'la dan Humaiyd ibnu Zanjawayh dan Abu Nu'aim dan Ibnu 'Asakir daripada Syadad bin Aus r.a.
Mafhumnya:
"Jika Aku menguji salah seorang hambaKu yang Mu'min, lalu dia memujiKu atas apa yang Aku mengujinya, Maka ia akan bangun dari tempat pembaringannya(setelah sembuh penyakit), bagai anak yang baru dilahirkan oleh ibunya. Bersih daripada dosa. Lantas Tuhan akan memerintahkan Tuhan Pencatat amal: Sesungguhnya Aku telah menahan hambaKu ini, dan Aku telah mengujinya, maka kini catatkanlah baginya apa yang selalu kamu catatkan sebelum itu dari pahala2nya"


Maka, perbanyakkanlah kita bersabar, atas dugaan Tuhan.  Menurut kata penulis buku hadis ni, banyak kelebihan yang kita dapat bila bersabar. antaranya mcm yang dalam hadis kat atas ni lah. bahasa ringkasnya, kifarah dosa kita. apa gunanya kalau tak bersabar, sebab kita takkan dapat ape2 pun. bertambah rasa pedih hati ade lah.membebankan diri sendiri.


Perlu la sama2 kau dan aku ingat, dugaan ni tak semestinya penyakit dan benda2 negatif. kegembiraan pun satu dugaan, kemewahan dll, semua ujian khas utk kite tanpa kita sedar. 


Hidup ini adalah satu lakonan yang penuh dengan dugaan dan cabaran. payah, tapi perlu di telan jua. bersabarlah duhai hati.

aku sedang di duga. klik sini utk tahu sebabnya T_T


p/s: aku rasa nak kahwin sangat2 sebab asik jumpe blogger yang cite pasal hidup berumah tangga je. walaupun calon aku entah di mana.huu.bersabarlah duhai hati T_T



Akan ku terus ketuk pintu Tuhanku



Bulan di atas Kaabah??

Kaabah.1950's


Pagi2 lagi dah dapat sms darpada seorang sahabat.lebih kurang mcm ni lah (tapi ai dapat bahasa omputih okay.hee):


"Daripada Dato' Mazlan astrology.. Malam ni di Mekah jam 3.25 am, bulan akan mengelilngi Kaabah..dan langit akan bertukar menjadi biru (terang). Dan masa inilah saat doa kita dimakbulkan.. Bendaini terjadi selepas 10 juta tahun.. Sila sebarkan perkara ini kepada kawan2..Mekah 3.25 am. Singapore, M'sai 8.25 am"

Bila dapat sms ni, haruslah terkejut. betul ke tak nie? utk kepastian, macam biasalah. sebagai seorang researcher TEGARRR, kite research lah di google. cari berita tentag hal ini.


what i found?


1. Sms tu palsu.


2. dalam Metro, Mufti Perlis, Dato' Juanda Jaya kata:
“Tiada istilah di dalam al-Quran bahawa apabila bulan berada tepat di atas Kaabah, (maka) segala doa kita dimakbulkan, malah khidmat pesanan ringkas (SMS) berangkai seperti Dajal sudah muncul dan sebagainya boleh memesongkan akidah,” 
“Di dalam al-Quran dan hadis, perkara sebegini langsung tidak disebut dan waktu paling mustajab berdoa sudah diberitahu contohnya selepas solat, ketika sujud, sewaktu wukuf di Arafah dan sepanjang Ramadan. 
“Keadaan seperti bulan di atas Kaabah dan pintu Kaabah dibuka tidak pernah disebut di dalam al-Quran dan ia boleh memesongkan akidah umat Islam sekiranya terlalu mempercayainya, sedangkan waktu mustajab doa seseorang itu adalah sepanjang masa,” 


3. sape Dato' Mazlan? 
kata si dia ni, kalau Dato' Mazlan yang di maksudkan dlm sms tu ialah Pengarah Agensi Angkasa Negara, Dato' tu bukannya ahli astology. tapi astofizik. jd, again, it is a rumours.


4. kenyataan daripada Planetarium negara pun kata mereka tak hantar sms tu. 
Tuan/Puan:
Salam sejahtera.
Hari ini pihak Planetarium Negara telah menerima banyak panggilan tentang sms yang orang awam terima. Sms adalah seperti berikut: 
Daripada Dato Mazlan astrology .. Malam ni di Mekkah jam 3.25 a.m (pagi) , bulan akan mengelilingi Kaabah .. dan langit akan bertukar menjadi biru cair (terang jadinya) . Dan masa inilah saat saatnya doa kita dimakbulkan .. Benda ini terjadi selepas 10 juta tahun .. Sila sebarkan perkara ini kepada kawan kawan .. Mekkah 3.25 pagi , Singapore , Malaysia 8.25 pagi (Sabtu Pagi) .. 
Berdasarkan Peta Bintang di Mekkah pada 20 Ogos 2011 jam 3:25 am (seperti attachment). Didapati kita berpeluang melihat 67.88% Bulan di langit (Bulan terbit pada jam 22:43 pm di timur dan terbenam pada 11:21am di barat). 
Bulan berdekatan dengan planet Musytari (Musytari terbit pada 22:43 pm dan terbenam pada 11:25 am). Dan tiada fenomena astronomi yang berlaku pada waktu tersebut. 
*Waktu mengikut waktu di Mekkah
Sekian dimaklumkan. 
Terima kasih. 
Chen ChenPegawai SainsPlanetarium Negara,Agensi Angkasa Negara

5. dan boleh nak bace sini jugak https://www.facebook.com/angkasa.malaysia

ok.tipu rupanya sms tu. jadi, janganlah kita mudah terpedaya dengan sms berantai. ditakuti akidah kita akan terpesong. 


Tapi, sekadar pendapat peribadi, tidak ada salahnya kalau pun kita beramal. 


buat solat dhuha dan berdoa seperti yang dinasihatkan. bukan kerana bulan hampir dengan kaabah kita beramal, tetapi sememangnya Tuhan itu dekat. tidak kiralah matahari ke, planet pluto dekat ke, awan cecah tanah ke, pokok tunduk ke.tidak kesah la apa2 rumours yang kite terima.bukan itu yang menjadi ukuran. Sesungguhnya, Allah itu hampir dengan diri hamba-hambaNya.


lagi2 pulak sekarang kita berada di dalam Bula Ramadhan. semua orang memburu Lailatul Qadr. sekurang2nya, dapat kita tambah amalan kita yang sememangnya kurang ni. Jadi, sms itu palsu atau tidak, bukan isu pada kita sepatutnya. beramal, hanya kerana Dia. bukan fenomena. 




Sekadar nak share hadis ni. ramai yang tahu, tapi lupa yang ini ialah Hadis Qudsi kan. Lafaz Nabi, Maknanya daripada Allah. 


Bekata Anas dan Abu Hurairah r.a., bahawasanya Nabi s.a.w. teah bersabda, Allah telah berfirman:


إذا قرب إليّ العبد شبراً، تقربت إليه ذراعاً، وإذا تقرب إليّ ذراعاً، تقربت منه باعاً، وإذا أتى إليّ مشياً، أتيته هروَاةً

"Jika seseorang hambaku bertaqarrubkepadaKu sejengkal, Aku taqarrub padanya sehasta. Dan jika dia bertaqarrub kepadaKu sehasta, Aku taqarrub kepadanya sedepa. Dan jika datang kepadaKu berjalan, Aku datang kepadanya berlari" (Riwayat Bukhari dan Thabari)


Beruntungkan bernafas sebagai seorang Muslim?Indah~
^_^
ina zarina




p/s: aku tetap berterima kasih kepada sahabat yang forward sms tu kat aku. sorry beb. kredit ak rm0.00 sekarang. xdpt nak ucap tq.hehe.ehm. aku ABC. tapi aku tengok mak aku merah2 matanya kerana bermunajat di pagi hari. sebak aku rasa. bukan kerana bulan, tetapi Allah itu sememangnya dekat. mustajab du'a itu tak kira masa, bergantung pada hati hamba.kan?

Isu Murtad Isu Sepanjang Zaman



"Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati di dlm kekafiran maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan akhirat dan mereka adalah penghuni Neraka, kekal di dalamnya." Al-Baqarah: 217 


Murtad


Isu murtad ni sememangnye isu sepanjang zaman. daripada zaman Saidina Abu Bakar sampai lah sekarang. well hey, actually isu ni dah bermula daripada zaman dulu2 lagi. even before the prophethood of Muhammad p.b.u.h. ingat zaman nabi dlu2. masa susah, kembali pada Tuhan. bila senang, lupakan tuhan.kebali pada agama asal.


ni statistik yang aku jumpe kat satu blog tentang pe-murtad-an nie. 




aku jumpe ni kat blog MakNgoh. but obviously that statistic was taken from Malaysiakini. jadi ke-rajih-an nye tak dapat lah aku pasti kan. tapi apa yang penting, memang wujud mereka2 yang apply utk tukar agama. dan memang ade permohonan yan diluluskan. pelik kan?


oke. aku ade lah berjumpe dengan segelintir mereka2 yang buat permohonan nie. golongan murtad ni macam biasalah. memperjuangkan isu hak bebas utk beragama lah, equality lah. frankly speaking, i get borred whenever someone who knows nothing about the law of God AND the  law of this Nation speaking out loud about their so-called "FREEDOM".mencik! mereka tak habis baca surah al-Baqarah:256 dan Fed Constitution rasanya. 


Kalau kat Malaysia ni, memang susah lah nak berjaya dalam kes2 murtad nie. jadi banyak lah pergerakan pertubuhan yang nak menyokong murtad ni di-banned. website pun kene banned. 


yeah. Malaysia yang kite kata negara tak Islam nie, kan?? aah2.Malaysia yang tak memperjuangkan hak asasi manusia. Hak utk berdemonstari, tukar agama.yeah2. 


Bila semua dah disekat, jadi mereka (golongan murtad) menggunaka medium yang sangat hebat.eceh. group FB lah. a famous and easy access social network. I've one through this GROUP a day long, oke. sekadar untuk memahami, apa sebenarnye dalam hati mereka2 ini. My finding was meaningless. They are only thinking that they are right. and of course, we are thinking we are right.(tentulah. mana mungkin Islam itu salah). when the situation becomes like: aku betul, engkau salah..i don't think there's an end of it. Kita as a Muslim, mesti lah betul sebab ni agama yang kita junjung. tapi mereka? is there any way they will turn back an say, hey Muslims, you're right~? i don't think so, unless guna approach yang lebih hebat lagi. macam ape? tak tahu. typical Malay Muslims. 


Aku salute dengan mereka2 yang menegur golongan Murtad ni kat group tu. like this young man: 


walaupun tahu mereka takkan terima, tapi sekurang2nya, kita cuba. lepas tanggungjawab kite sebagai hamba =)

Percaya atau tidak, orang kafir pun ade yang back up Islam di situ. tapi back up dari perspektif agama dia lah. walaupun macam tu, kire oke lah. membuatkan aku ter-pikir.yang "pernah" Islam, "tak pernah" nak faham Islam. yang "tak pernah" beragama Islam pulak yang ada ke-paham-an. pelik lagi sekali kan? ^^




Sepanjang menghabiskan masa di group ni, aku tertanya2 jugak. yeke diorang ni Islam betul2? entah2 orang kafir yang memusuhi Islam. menyamar tak? Wallahu a'lam. Whoever they are, they are still the enemies of Islam. dan juga enemy negara. memang menggugat ketenteraman negara. jap. orang Murtad boleh masuk ISA tak yea?


Mula2 kutuk BN.haruslah benci kerajaan. application di JPN tak dapat kelulusan. 


and now, kutuk PAS pulak. 


Bila la Malaysia ni akan aman macam dulu2 balik. semua orang menyalahkan orang lain. kutuk2. semua isu nak dipolitikkan. kalau zaman dulu, negara aman dan maju sebab POLITIK. sekarang, negara kucar kacir pun sebab POLITIK. 


Manusia menjadi semakin pelik. semakin hari, bertambah2 kepelikan kita atas dunia ni. 

"A gaduh dengan B. B kutuk A. A kutuk B. main tarik2 rambut bagai. macam anjing dengan kucing. tapi mereka di tengah2? hanya gelak berguling2. mentertawakan ke-tidak-pandai-an kita." 
-this is so real-


kata Haji Nasir Desa, ketua bahagia Syariah di AG Chambers: kite ade banyak lagi isu2 yang perlu diselesaikan. bukan isu yang kita cipta nie.isu emosi dan nak menang sentiasa.aigoo~(aigoo Hj nasir tak cakap.aku yg cakap ^^)




Astaghfirullah al'Azim. tak tahu nak kata ape dah lah mereka2 ni. memang tak faham lah~
ade betul jugak cakap budak Muhd Amin tu tadi. "kami tak rugi pun hilang orang2 macam kamu (org nak murtad)". kalau ikut Islam, rejam je sampai mati~hmm.


Bila mana Rasulullah dikutuk dan diherdik oleh non-Muslims di zaman baginda, Allah ajarkan ayat2 berikut sebagai motivasi kepada baginda, dan menenangkan hati baginda dan supaya baginda selalu bersabar. but doesn't mean he's giving up utk terus berdakwah.


  
Waalahu a'lam bis-sawab.


inazarina
^_^


p/s: membenci kemungkaran adalah selemah-lemah iman. semoga kite dijauhkan daripada Fitnah dunia dan digelapkan hati2 kite.amin~